Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Saya Tak Kisah Isteri Tak Pandai Memasak, Tapi..." - Raqib Majid

Zulaikha Yusof 09/10/2018 | 02:53 MYT
Penyanyi dan penyampai radio Zayan, Raqib Majid mengakui penyanyi Tasha Manshahar seorang yang pandai memasak.
Menurut Raqib, dia seorang yang tidak kisah malah tidak menetapkan yang isterinya perlu pandai dalam soal memasak.
"Sebenarnya saya tidak kisah andai kata diberi seorang isteri yang tidak pandai memasak.
"Tetapi saya bersyukur kerana Tasha seorang yang pandai memasak.
"Masakan pertama yang dimasak oleh Tasha untuk saya selepas berkahwin ialah kari ayam.
"Jika saya menonton bola di rumah, Tasha akan buatkan popcorn malah lebih sedap rasanya daripada di panggung wayang," katanya.
Raqib atau nama sebenarnya Fahrur Raqib Abdul Majid mengakui kehidupannya selepas berkahwin lebih lengkap.
"Alhamdulillah saya berasa gembira dengan isteri serta mendapat keluarga baru," katanya kepada Gempak.
Raqib dan Tasha telah mendirikan rumah tangga pada 8 September 2018 setelah kira-kira dua tahun berkenalan.
Foto: The Lumi
#Tasha Manshahar #Zayan #Raqib Majid
;