Viral
"Saya Tak Kisah Kena Buang ..." - Pembantu Peribadi Aliff Syukri Luah Perasaan Diberhentikan Kerja
Pembantu peribadi usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri, Melati Abdul Ghani tampil bersuara berhubung isu perkhidmatannya yang akan diberhentikan tidak lama lagi.
Jelas Melati, 43, dia tidak kisah apabila diberhentikan dan menganggap rezekinya hanya setakat itu.
"Banyak sangat pertanyaan dan khabar angin yang tak betul kenapa saya berhenti.
"Anda baca sendirilah saya malas nak cerita banyak. Kalau cerita dongeng mungkin boleh direka-reka dan seronok dibaca.
"Saya tak kisah pun kena buang kerja sebab bagi saya, saya selalu yakin dengan rezeki Allah.
"Allah taburkan rezeki luas di dunia ini tinggal kita rajin dan malas saja nak mencari," tulisnya menerusi Instagram baru-baru ini.
Menerusi notis yang dimuat naik, Melati diberhentikan tugasnya di Aliff Syukri Legacy Sdn. Bhd. ekoran penurunan jualan yang menyebabkan kerugian syarikat.
"Keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kos perniagaan yang semakin meningkat menyebabkan syarikat mengalami kerugian," maklum surat terbabit.
Perkhidmatan Melati bakal berakhir pada 5 Ogos 2020 selepas notis dikeluarkan sebulan sebelum.
Keluh Melati, dia bagaimanapun tersinggung apabila ada pihak yang mempersoalkan punca dia diberhentikan.
"Biasa, orang bawahan akan sentiasa dipandang bawah dan sentiasa dicampak kesalahan.
"Kadang-kadang kita ni orang bawahan nak tuntut hak kita pun masih dianggap salah. Yang ada duit sajalah yang tak salah.
"Kita dah berikan yang terbaik, perkhidmatn bertahun-tahun yang terbaik, tanpa kira siang malam, penat lelah...
"Tapi bila kita tidak lagi diperlukan inilah risiko yang bakal kita hadapi.
"Saya doakan kat luar sana kalau ada yang senasib dengan saya, korang jangan sedih atau putus asa," tambahnya.
Melati atau lebih mesra disapa Kak Mel antara pembantu peribadi yang paling lama berkhidmat dengan Aliff Syukri.
Must-Watch Video