Penyanyi baharu, Zali Rusli enggan mengambil pusing seandainya ramai yang tidak mengenalinya dirinya biarpun sudah dua tahun bergelar artis.
Enggan dibayangi abangnya, Haqiem Rusli, Zali, 17, lebih selesa untuk merangkak sendiri untuk membina namanya dalam industri.
"Saya tak kisah jika orang tak kenal saya sebagai adik Haqiem Rusli. Saya lebih selesa untuk merangkak dan berdiri di atas nama dan bakat saya sendiri," katanya.
Zali yang pernah melancarkan lagu berjudul Pewangi pada dua tahun lalu ketika pandemik COVID-19 melanda negara tidak berputus asa apabila nasib tidak menyebelahinya.
Terbaharu, Zali tampil dengan single keduanya berjudul Kamu Cantik Malam Ini ciptaannya bersama Haqiem.
"Buat masa sekarang saya rasa selesa menyanyikan lagi ciptaan kami, dan ianya mendapat persetujuan dari pihak FMC Music.
"Namun jika diberi peluang saya juga mahu menyanyikan lagu pencipta lain. Tapi kali ini saya rasa lebih yakin menyanyikan lagu ciptaannya bersama Haqiem.
"Jika dilihat situasi sekarang, ramai pendengar sukakan lagu lagu jiwang balada era 90-an, jadi saya rasa lagu ini memang bertepatan dengan konsep dan selera dan pendengar masa kini," tambahnya.
Tetap dengan pendirian untuk tidak mengikut trend semasa merakamkan semula lagu penyanyi lain, Zali percaya pada kekuatan lagu sendiri untuk mendapat perhatian pendengar.
"Biarlah mereka sahaja buat dulu, saya nanti dulu kerana saya yakin jika kita boleh mencipta satu karya baru yang boleh di popularkan dan masih menepati selera pendengar, kenapa kita nak bergantung pada lagu lama sahaja kan?" katanya.
Menyentuh soal muzik video yang melibatkan pelakon remaja yang kontroversi baru-baru ini, Qistina Raisah, Zali akui teruja.
"Ya pada mulanya saya terkesima juga waktu jumpa Qistina Raisah. Dia bukan sahaja cantik malah dia sangat peramah.
"Hati lelaki mana yang tak bergetar kalau jumpa wanita secantik Qis, selalu saya tengok Qis dalam drama je, bila dah depan mata terus terkedu. Dan jujur saya cakap saya terpaut hati pada Qis.
"Tapi bila dapat tahu beliau dah ada seseorang, saya pendam jelah," kata Zali berseloroh.
Kamu Cantik Malam Ini telah dilancarkan di platform digital termasuk muzik video rasmi di saluran Youtube FMC Music sejak 29 Disember lalu.
Amri Hassan
Sun Jan 01 2023

![[VIDEO] Rakan Selebriti Ucap Tahniah, Nad Zainal & Ungku Ismail Selamat Bernikah Pada…? [VIDEO] Rakan Selebriti Ucap Tahniah, Nad Zainal & Ungku Ismail Selamat Bernikah Pada…?](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-22_3.png?ext=.png)
[VIDEO] Rakan Selebriti Ucap Tahniah, Nad Zainal & Ungku Ismail Selamat Bernikah Pada…?
Tahniah!

Kontroversi Perkahwinan, Chot Perlu Masa Bertenang Sebelum Beri Kenyataan
Mohon diberi masa.
![[VIDEO] Sebutan Tepat, Rasa Terharu & Bangga” - Raja Ilya Menangis Dengar Datuk Siti Menyanyi Lagu Tamil [VIDEO] Sebutan Tepat, Rasa Terharu & Bangga” - Raja Ilya Menangis Dengar Datuk Siti Menyanyi Lagu Tamil](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/video-semua-sebutan-tepat-rasa-terharu-dan-bangga-raja-ilya-menangis-dengar-datuk-siti-menyanyi-lagu-tamil.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] "Sebutan Tepat, Rasa Terharu & Bangga” - Raja Ilya Menangis Dengar Datuk Siti Menyanyi Lagu Tamil
Hebatnya Datuk Siti!

Tekak Sakit, Ziana Zain Tetap Beri Persembahan Terbaik Untuk 600 Peminat Atas Kapal Cruise
Tetap power!
.png?ext=.png)
Bunga Citra Lestari Menitiskan Air Mata Kenang Ashraf Sinclair Di Atas Pentas - "Kembali Ke Malaysia Bukan Mudah Tapi Selalu Dirindukan"
Bunga Citra Lestari Sebak Kenang Ashraf Sinclair

Rage-Jean Page Diumum Sebagai Lelaki Wajah Paling Sempurna Di Dunia
Handsome!

“Raden Seri Riyanna Sayang, Cantik Dan Unik”- Ramai Puji Nama Anak Ketiga Mawar Rashid
Assalamualaikum Raden Seri Riyanna Sayang...

Tak Sedia Pindah KL, Ryan Bakery Tenang Kerja Dari Kampung
Ryan antara influencer yang ramai orang suka.

“Tak Pernah Pijak Atau Tendang Perut Bella” - Siti Bainun
Lanjutan daripada kes adik Bella.
![[VIDEO] “Hadirnya Orang Ketiga Atas Kebahagiaan Saya- Chot Bernikah Dengan Kakak Penyanyi, Bekas Isteri Dedah Status Rumah Tangga [VIDEO] “Hadirnya Orang Ketiga Atas Kebahagiaan Saya- Chot Bernikah Dengan Kakak Penyanyi, Bekas Isteri Dedah Status Rumah Tangga](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/video-hadirnya-orang-ketiga-atas-kebahagiaan-saya-chot-bernikah-dengan-kakak-penyanyi-bekas-isteri-dedah-status-rumah-tangga.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Hadirnya Orang Ketiga Atas Kebahagiaan Saya"- Chot Bernikah Dengan Kakak Penyanyi, Bekas Isteri Dedah Status Rumah Tangga
Bekas isteri Chot dedah status umah tangga.