“Saya Tak Mahu Komen Kalau Fasal Farid” - Diana Danielle

Mya Amri
Disember 5, 2019 09:32 MYT
Pelakon Datin Diana Danielle tidak mahu mengulas lanjut berkenaan suaminya, Datuk Farid Kamil yang dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan selepas disabitkan dengan kesalahan dadah.
“Saya tak mahu komen kalau fasal Farid,” katanya ringkas.
Diana ditemui ketika majlis pelancaran Ombak Rindu The Series di pusat membeli-belah Sunway Putra Mall sebentar tadi.
BACA: Rayuan Ditolak, Farid Kamil Terpaksa Merengkok Dalam Penjara 9 Bulan
Terdahulu, Mei lalu, Farid Kamil atau nama sebenarnya Datuk Farid Kamil Zahari, dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan selepas disabitkan dengan kesalahan mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC), tahun lalu.
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Nor Ariffin Hisham selepas Farid Kamil, memilih untuk berdiam diri selepas diperintahkan membela diri.
Bagaimanapun, selepas 35 hari menjalani hukuman di Penjara Kajang, Ab Karim membenarkan penangguhan hukuman terbabit selepas permohonan rayuan difailkan pelakon berkenaan.
Mengikut pertuduhan, pelakon filem J Revolusi itu didakwa menggunakan dadah pada jam 4.30 petang di Pejabat Narkotik Petaling Jaya, dalam Daerah Petaling Jaya, pada 11 Januari 2018.
Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
#Diana Danielle #Farid Kamil