Hiburan

“Saya Tak Mahu Menipu, Lebih Baik Mengaku Dah Berpunya” – Lee Kwang Soo

gempak
Mya Amri
07/05/2019
08:07 MYT
Sponsor Banner
“Saya Tak Mahu Menipu, Lebih Baik Mengaku Dah Berpunya” – Lee Kwang Soo
Pelakon dan anggota Running Man, Lee Kwang Soo akui tidak mahu menipu peminat mengenai status dirinya.
Menurut Kwang Soo, itu merupakan antara sebab utama dia mendedahkan hubungan cintanya dengan aktres, Lee Sun Bin.
“Tidak ada sebab istimewa cuma saya tidak mahu menipu, lebih baik mengaku sudah berpunya. Dia (teman wanita) juga memikirkan perkara yang sama,” katanya.
Tambah Kwang Soo lagi, dia menghubungi Yoo Jae Suk selepas membuat pendedahan mengenai hubungan cintanya.
“Selepas didedahkan, saya ada bercakap dengan Jae Suk dan dia memberitahu saya supaya jangan risau mengenai perkara tersebut.
“Dia mungkin kerap bergurau ketika di dalam program Running Man namun secara realitinya dia seorang yang sangat baik.
“Dia juga banyak berikan saya kata-kata yang positif dan sokongan kepada saya. Saya banyak mendapat kekuatan daripada dia,” jelasnya.
Terdahulu, Kwang Soo dan Sun Bin mendedahkan hubungan cinta mereka kepada umum pada bulan Desember tahun lepas.
Sumber: Soompi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live