Penyanyi dan pelakon Alvin Chong mengimpikan satu watak jahat atau antagonis dalam drama atau filemnya akan datang.

Menurut Alvin biarpun tidak mempunyai wajah 'samseng', namun dia mahukan watak itu diluar jangkaan penonton.

"Kalau lihat wajah saya ni memang bukanlah untuk watakh jahat kan.

"Tapi itulah yang saya mahu, orang takkan jangka saya yang sebenarnya watak jahat dalam cerita itu. Hujung-hujung baru tahu.

"Penuh plot twist," katanya.

Tambahnya, dia juga ketika ini telah 'dilamar' untuk membintangi dua filem Melayu.

"Namun saya tak boleh umum lagi filem apa atau watak apa. Saya pun belum buat keputusan lagi sebab kedua-dua filem ini masih dalam perancangan," katanya.

Alvin berkata demikian ketika majlis sidang media pelancaran muzik video Tak Terganti dan kelab peminatnya, Alvinators, baru-baru.

BACA: "Saya Risau Jika Ganggu Dia Tapi..." - Alvin Chong Nekad 'Lamar' Emma Maembong Untuk....