Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Saya Tak Main-Main Bila Libatkan Maruah Keluarga" - Sheila, Jinggo Buat Laporan Polis

Asraf Aided
25/08/2021 06:15 MYT
Pihak pelakon dan penerbit, Sheila Rusly telah membuat laporan polis dipercayai berhubung isu halaman (page) Facebook yang didakwa menulis kenyataan fitnah berkaitan anaknya.

Menurut Sheila, dia bersikap serius apabila terpalit dengan perkara yang melibatkan maruah keluarganya.

"Saya tak main-main bila melibatkan maruah keluarga," coretnya ringkas di Instagram hari ini.

Dalam entri sama, Sheila berkongsi foto suaminya, Jinggo bersama laporan polis yang dibuat.

Bagaimanapun, Sheila tidak berkongsi foto laporan polis yang dibuat secara terperinci kerana menyifatkan ia sebagai satu hal sulit.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Sheila termasuk rakan industri merasakan tindakan yang dilakukan pihak Sheila itu wajar untuk memberi pengajaran.

A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures)


Menerusi laporan Gempak malam tadi, Sheila meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan yang ditulis oleh halaman Facebook yang menyebut nama pelakon Janna Nick selepas anaknya, Uzair Haqimy selamat mendirikan rumah tangga dengan Elisya Sandha.

Bagaimanapun, admin halaman Facebook itu telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Sheila sekeluarga, serta Janna Nick.

BACA: "Jangan Sampai Saya..." - Nama Janna Nick Dikaitkan Selepas Perkahwinan Anak, Sheila Rusli Mahu Bukti!

#Janna Nick #Laporan Polis #Sheila Rusly #Elisya Sandha #Anak Sheila Rusly #Perkahwinan Anak
;