Hiburan
"Saya Tak Makan Nasi Dah 9 Tahun" - Syamim Farid
Pelakon dan pengacara Che Puan Syamim Farid mendedahkan sudah hampir sembilan tahun dia tidak makan nasi.
Syamim memberitahu perkara itu sewaktu mengadakan sesi soal jawab bersama peminat di ruangan Instagram Stories miliknya.
Selain nasi, Syamim akui dirinya juga tidak mengambil ayam serta daging kerana ingin menjaga kesihatannya.
"Saya tak makan nasi dah 9 tahun. Ayam, daging, makanan berminyak dan gula juga saya pantang.
"Satu perkara tentang saya, bila saya dah mula sesuatu, saya akan buat betul-betul.
"Disiplin diri. 'No cheat day.' Nak berhenti makan sesuatu tu memang susah.
"Tapi fikir tentang diri sendiri, awak jaga diri, jaga makan, bukan untuk orang lain.
"Untuk diri sendiri. Kalau sayang diri, makan makanan berkhasiat," tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon drama Cinta Tiada Ganti ini turut berkongsi sebab dia berhenti daripada mengambil makanan rutin itu.
"Saya terima banyak soalan bagaimana saya tahan tak makan nasi.
"Jujurnya, masa awal nak mula memang susah, tapi bila dah lama dah rasa biasa sangat sampai nampak nasi pun dah tak ada selera.
"Bila you dah mula 'workout' dan dah mula bina otot, terutamanya ABS, awak akan jaga makan sebab akan rasa rugi bila tak makan makanan berkhasiat.
"Saya tak gemar sangat perasaan lepas makan nasi. Selalunya mesti akan rasa kembung, rasa perut tu penuh dan terlalu kenyang.
"Saya ganti nasi dengan couscous, quinoa dan salad.
"Kenyang ke? Alhamdulillah kenyang. Saya makan sayur, saya masih ambik ambik protein dari ikan dan juga saya ada ambik makanan tambahan dari doktor.
"Apa yang saya makan setiap hari adalah salad, ikan salmon, makanan laut dan buah-buahan.
"Kalau nak makan makanan berat, saya akan ambik pasta selalunya Aglio Olio yang dimasak dengan minyak zaitun.
"Bihun dan mee masih makan tapi keesokkannya tu saya akan pergi gimnasium," jawabnya lagi.
Syamim dan suami, Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari mendirikan rumah tangga pada 19 Mac 2016.
Must-Watch Video