“Saya Tak Malu Dilahirkan Dalam Keluarga Miskin & Pernah Menoreh Getah” - Puan Sri Normala Samsudin
Ikon pengacara tanah air, Puan Sri Normala Samsudin mendedahkan dia pernah hidup susah sebelum mengecapi kejayaan sebagai pengacara popular.
Normala berkongsi kisah tersebut ketika muncul dalam program MeleTOP, malam semalam.
Menurut Normala, dia tidak malu untuk memberitahu kepada khalayak ramai yang dia pernah hidup susah.
“Saya dilahirkan dalam keluarga miskin dan saya tidak malu untuk mengakuinya kerana ia sudah tersurat dan tersirat.
“Saya pernah bantu ibu berniaga dan pernah menoreh getah. Dari kecil dah didik dengan rasa susah,” katanya.
Tambahnya, kesusahan itu bukanlah satu kesalahan kerana ia akan mendidik kita untuk menjadi lebih kuat.
“Ye susah itu bukan satu kesalahan, tidak. Kerana inilah cerita yang kita boleh kongsikan dengan ramai khususnya rakyat Malaysia.
“Walaupun kita susah tapi sebenarnya kita boleh berdikari dan berusaha keras,” katanya.
Anda boleh lihat video penuh di bawah.
Untuk rekod, Normala bakal kembali memeriahkan dunia penyiaran apabila muncul sebagai juri tetap program Ratu Hijabista.
Selain Normala, program Ratu Hijabista menampilkan gandingan Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim sebagai pengacara yang disertai 12 peserta berusia di antara 21 hingga 30 tahun.
Ratu Hijabista akan bersiaran selama lapan episod di Astro Prima (saluran 105) pada setiap Rabu pada jam 9 malam.