Penyanyi Hafiz Hamidun mendedahkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac lalu, dia tidak putus menerima mesej peribadi meminta pertolongan daripada golongan yang dalam kesusahan.

Menurut Hafiz, 36, dia hanya membantu setakat yang mampu justeru berharap sekiranya terdapat orang ramai yang ingin turut sama menghulurkan sumbangan.

"Sejak PKP bermula, hampir setiap hari ramai yang DM saya minta tolong, bantu untuk meneruskan kehidupan. Mana yang boleh saya bantu, saya bantu.

"Tapi saya tak mampu buat sendiri. Saya pun tak nak bersangka macam-macam, sekadar bantu mana yang mampu.

"Kalau anda semua nak tolong, sama, seringgit dua seikhlasnya, anda boleh bagi derma itu menerusi akaun saya jadi saya boleh serahkan duit itu kepada siapa yang memerlukan," tulisnya.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri yang dimuat naik di Instagram Stories miliknya semalam.

Hafiz atau nama sebenarnya Mohammad Hafiz Hamidun mengingatkan supaya elak timbul anggapan buruk mengenai niat baiknya itu.

"Dan insya-Allah mari tolong orang yang memerlukan. Tak perlu ada prasangka. Kalau tak mahu bantu, hanya pedulikan saja ya. Ampun maaf dari saya," tulisnya lagi.

Selain Hafiz, ada beberapa orang rakan selebriti antaranya Datuk Aaron Aziz dan Abby Abadi yang turut sama menghulurkan bantuan kepada individu dan keluarga yang memerlukan.

BACA: Sumbang Susu Dan Lampin Pakai Buang Bernilai RM50,000, Aaron Aziz Bantu 1,000 Keluarga

BACA: "Yang Memohon Macam Menakutkan Pula..Mendesak Lain Macam" - Abby Abadi Minta Orang Mohon Bantuannya Bersabar Sebab...