Personaliti TV popular Ras Adiba Radzi menegaskan dia tidak pernah marah dengan golongan LGBT, sebaliknya dia hanya tidak bersetuju jika tandas milik Orang Kelainan Upaya (OKU) digunakan oleh golongan tersebut.

Ras Adiba memberitahu perkara berkenaan di akaun Instagram (IG) miliknya semalam.

Isu tersebut tercetus selepas seorang pengikutnya menerusi ruangan komen IGnya memberitahu usahawan popular, Safie Ilias telah menyindir personaliti itu berkenaan isu tersebut.

"Safie ada menyindir akak di laman sosial, saman dia!" tulis netizen tersebut.

"Saya tak marah golongan LGBT, saya cuma tak izinkan dia guna tandas golongan OKU, itu hak kami, orang yang bukan OKU tidak boleh guna," balas Ras Adiba.

Di entri yang sama, Ras Adiba turut menyeru netizen supaya berhenti memperlekehkan isu penggunaan tandas OKU kerana menurutnya, ia bukan suatu perkara yang remeh.

Terdahulu, Ras Adiba telah menyuarakan bantahannya terhadap cadangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh yang memberi kebenaran kepada golongan transgender menggunakan tandas OKU

Sejak bergelar OKU beberapa tahun yang lalu, personaliti ini mengakui dirinya masih aktif bersukan dan sibuk menguruskan syarikat produksi miliknya.

Understand?! ? Kawan-kawan yang dihormati. Sila henti mempersendakan tandas OKU kami. Ianya tidak melucukan langsung! Kalau betul anda nak menggunakan tandas kami, sila jadi OKU dulu. Sehingga waktu itu sila blah! Ada faham?!

A post shared by Ras Adiba Radzi (@rasadibaradzi) on


Sumber : IG Ras Adiba Radzi