Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Saya Tak Menolak Watak Aksi Jika..." - Mira Filzah

Asraf Aided 25/07/2019 | 08:55 MYT
Pelakon popular, Mira Filzah tidak akan menolak tawaran untuk melakonkan watak aksi sekiranya bersesuaian dengan penampilan dan personaliti dirinya.
Menurut Mira, dia sentiasa bersedia untuk keluar dari zon selesa yang sentiasa melakonkan watak baik sebelum ini.
"Saya tidak mempunyai masalah untuk keluar dari zon selesa yang selalu melakonkan watak baik seperti yang selalu penonton lihat, tapi sebenarnya pernah juga saya bawa watak jahat beberapa kali sebelum ini.
"Jika ditawarkan watak aksi pula, saya tak akan menolak jika ia bersesuaian dengan personaliti dan penampilan diri saya," katanya kepada Gempak baru-baru ini.
Mira merupakan salah seorang teraju utama dalam filem terbaru lakonannya iaitu Sangkar.
Filem yang menampilkan aksi sukan seni bela diri (MMA) itu turut dibintangi Remy Ishak, Zul Ariffin, Nik Adam Mika, Ray Era dan ramai lagi.
Tambah Mira, watak yang dipegang dalam filem terbabit memerlukannya untuk bermain emosi namun tidak terlalu berat untuk dilakonkan.
"Dalam Sangkar, saya memegang watak baik yang perlu bermain emosi, namun ia tidaklah terlalu berat untuk saya," tambahnya.
Sangkar telah melakar sejarah dalam industri perfileman tanah air kerana diterbitkan oleh empat syarikat perfileman tempatan iaitu Infinitus Gold, Primeworks Studios, Astro Shaw dan MM2 Entertainment.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Sangkar yang bakal menjengah pawagam di seluruh negara serta Singapura dan Brunei bermula 29 Ogos ini.
#Mira Filzah #Sangkar
;