"Saya Tak Menyesal Masuk GV, Sebab ....." - Hetty Sarlene Akui Sukar Nak Naikkan Nama Semula

Rozaimi Zubaidi
November 14, 2018 11:30 MYT
Bekas bintang Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Hetty Sarlene mengakui bersyukur apabila diberikan peluang untuk bertanding dalam pertandingan ini.
Menerusi entri di Instagram (IG), Hetty menjelaskan dia bersedia untuk kembali aktif dalam industri hiburan selepas ini.
"Walaupun ramai yang cakap saya layak ke final. Saya redha ini semua rezeki.
"Hetty Sarlene is back in the industry everyone! Saya tak akan menyesal masok GV sebab bukan senang kita nak naikkan nama kita balik setelah sekian lama menyepi dalam persada seni malaysia.
"Thank you everyone for the endless support! Tiada apa yang dapat Hetty katakan selain Alhamdulillah," tulisnya.
Rata-rata mendoakan agar Hetty dapat kembali meriahkan industri hiburan dalam nyanyian dan lakonan.
Seramai enam bintang yang berjaya ke peringkat akhir adalah Noryn Aziz, Amelina, Dia Fadila, Maya Ruslee, Zamani dan Billy Zulkarnain.
Peringkat akhir GV5 pada 18 November ini ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.
Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut.
#Gegar Vaganza #Hetty Sarlene