Selepas beberapa tahun tidak menulis lagu, penyanyi Najwa Latif atau Wawa mengumumkan dia dan kakaknya muncul dengan sebuah lagu baharu.

Wawa bersyukur kerana diberi peluang untuk menulis lagu lagi.

Namun Wawa meminta pertolongan peminatnya untuk mendengar lagu baharu tersebut serta meminta pendapat mereka.

Menurut Wawa, dia hanya akan keluarkan lagu tersebut secara rasmi jika lagu baharu itu mendapat lebih 500,000 tontonan di Instagram.

“After a few years of not writing anything, Kak Ika and Wawa ada tulis one song. Alhamdulillah, Tuhan bagi peluang menulis lagi.

“So, Wawa cakap straight je kay. Kalau korang suka, let me know. Kalau korang taksuka pun let me know sebab Wawa tak nak buang masa record lagu yang korang tak boleh terima.

“Share kalau korang nak lagu ni keluar! Walaupun Wawa tahu maybe impossible, tapi kalau lebih 500k views, kita usaha keluarkan lagu ni,” tulisnya.

Entri tersebut mendapat perhatian peminat yang sudah lama menantikan karya bahary daripadanya.
Rata-rata pengikutnya memberitahu mahu dia meneruskan merakam lagu tersebut.

Namun sehingga dua hari sejak posting tersebut, Najwa baharu sahaja menerima 166,000 tontonan

After a few years of not writing anything, kak ika and wawa ada tulis one song. Alhamdulillah, Tuhan bagi peluang menulis lagi. Soo, wawa cakap straight je kay. Kalau korang suka, let me know. Kalau korang taksuka pun let me know sebab wawa taknak buang masa record lagu yang korang takboleh terima. Share kalau korang nak lagu ni keluar! Walaupun wawa tahu maybe impossible, tapi kalau lebih 500k views, kita usaha keluarkan lagu ni. #siscuba #duaiscominggg #onlyifyouguyslikeitlah #kalautaksukathenwawadeletejepostninanti #sodecidewisely #sisugutjuga #haha #tajukdiadua #taksayatakdanakbagihintnophone #nophonesayabukan012 #thankyounext

A post shared by OfficialNajwaLatif (@njwalatif) on