"Saya Tak Nak Jatuhkan Maruah & Tutup Periuk Nasi Dia" - Aaron Aziz Padam Video Beri Amaran Keras Kepada Blog Yang Memfitnahnya

Zulaikha Yusof
Oktober 22, 2020 05:45 MYT
Pelakon Datuk Aaron Aziz telah memadam sebuah video amaran yang dimuat naik mengenai sebuah blog yang didakwa telah membuat headline berunsurkan fitnah di Instagram (IG) miliknya.
Meski demikian, sebagai seorang yang profesional dan rasional, setelah blog tersebut akur dengan amarannya, Aaron juga tidak ingin memanjangkan cerita.
Ketika dihubungi Gempak sebentar tadi, Aaron, 44, menyatakan pihak terbabit telah akur dan memadam posting artikel terbabit seperti yang diminta.
"Blog tu dah padam posting dia, jadi saya pun buat benda sama. Tak payah minta maaf asalkan dia dah turunkan posting.
"Saya tak nak jatuhkan maruah dan tutup periuk nasi dia. Asalkan dah padam, kira okay dah," katanya.
Sebelum ini, pelakon filem KL Gangster berang dengan headline yang ditulis oleh blog itu lalu nekad ingin melakukan laporan polis sekiranya artikel tidak diturunkan dalam masa tiga jam.
"Nak bagitahu Berita Steady ni korang nak buat tajuk pasal diri dan keluarga saya, jangan buat yang berunsurkan fitnah.
"Sekarang saya bagi amaran untuk turunkan artikel itu, kalau tak kau tengok apa yang berlaku.
"Jangan nak buat kelakar untuk buat orang baca blog bo***. Saya bagi amaran dan masa tiga jam, kalau tak turunkan saya buat laporan polis. Tengok la apa jadi," katanya.
#Aaron Aziz #Posting #Blog #Headline