"Saya Tak Nak Kek, Tak Nak Hadiah, Cuma..." - Nazim Othman Sambut Hari Jadi Ke-34

Asraf Aided
September 16, 2018 08:19 MYT
Aktor popular, Nazim Othman atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-34 pada hari ini.
Menerusi sebuah entri di Instagram, Nazim menjelaskan dia lebih suka meraikan hari jadinya kali ini dengan cara yang sederhana.
"Bersempena ulang tahun kelahiran ke -34 ini, saya tak nak kek dan hadiah, saya cuma harapkan titipan doa dari anda.
"Boleh taip doa itu sekarang, nak berdoa dalam hati pun boleh," tulisnya sambil berseloroh.
Di ruangan komen, antara rakan selebriti yang telah menulis ucapan kepadanya adalah Alicia Amin, Nabila Huda dan Betty Rahmad.
Nazim mula aktif di industri hiburan pada tahun 2008 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
#Nazim Othman