Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Saya Tak Nak Minta Ampun, Saya Minta Hukum Gantung Sampai Mati Sahaja. Terima Kasih” – Lelaki Bunuh Teman Lelaki Isteri

Gempak
18/07/2024 00:10 MYT
Didakwa membunuh teman lelaki isterinya 11 tahun lalu, seorang warga Singapura memohon supaya Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan ke atasnya.

Quah Tee Keon, 56, yang turut didakwa mencederakan isterinya dengan menikam wanita itu dengan mengetahui tindakannya boleh menyebabkan kematian menarik balik permohonan semakan hukuman gantung tersebut.

Gantung sampai mati

"Saya tak nak minta ampun, saya minta hukum gantung sampai mati sahaja. Terima kasih," katanya.

Barisan panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hanipah Farikullah kemudian membuat keputusan membatalkan permohonan semakan itu sekali gus mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap lelaki itu.

ARTIKEL BERKAITAN: 26 Saksi Dipanggil Bantu Siasatan Kes Bunuh Farah Kartini

​ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Dikebumikan Sebelah Kubur Ibu, Ini Fakta Menarik Tentang Suspek Kes Bunuh Farah Kartini

​ARTIKEL BERKAITAN: Sejam Menyelam Akhirnya Telefon Pintar Nur Farah Kartini Ditemui, Suspek Turut Berada Di Lokasi Kejadian

​ARTIKEL BERKAITAN: Keadaan Mayat Nur Farah Kartini Reput Di Dada, Muka - “Buat Masa Ini Pakar Tidak Dapat Sahkan Kematian Kerana…”

​ARTIKEL BERKAITAN: Hilangnya Bakal Pendidik Bangsa, Nur Farah Kartini Graduan Cemerlang Dengan GPA 4.0 - “Banyak Cabaran Sepanjang Tempoh Pengajian Ini Tapi…”

Quah yang diwakili peguam Bernard George ditahan selepas menyerah diri kepada polis di Kuala Lumpur pada 28 Oktober 2013.

Berdasarkan fakta kes, dia membunuh seorang lelaki bernama Ruan Chao Qiang yang juga warga China di sebuah kediaman di Taman Mawar Indah, Triang, Bera, Pahang kira-kira jam 3.30 pagi, 13 Oktober 2013.

Dia turut mencederakan isterinya menggunakan pisau sehingga menyebabkan wanita itu mengalami pelbagai kecederaan pada bahagian leher, tangan dan belakang badan di lokasi dan waktu sama.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ng Siew Wee.

Sumber: Harian Metro

#Singapura #Bunuh #Gantung sampai mati #Teman lelaki isteri