"Saya Tak Nak Pekerja Saya Hilang Punca Pendapatan" - Mila Jirin Jual Kek Demi Survival Bisnes Perunding Perkahwinan Yang Terjejas Akibat...

ZULHILMI JALIL
Mei 17, 2020 04:15 MYT
Penyanyi Mila Jirin yang juga merupakan pemilik syarikat perunding perkahwinan, Bizmilla mengakui perniagaan yang dijalankannya selama ini terkesan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Menurut Mila, disebabkan kekangan tersebut, dia terpaksa memikirkan jalan lain dalam usaha untuk menampung kos operasi dan pengurusan yang mencecah hampir RM500,000 sebulan.
"Alhamdulillah, semua warga kerja di Bizmilla bersatu hati bergabung untuk memulakan beberapa aktiviti perniagaan baru demi kelangsungan syarikat dan memastikan semua warga kerja mendapat gaji bersama-sama disebabkan kewangan syarikat terjejas teruk akibat tiada pendapatan hampir dua bulan lebih.
"Buat masa ini, pihak syarikat masih bertahan walaupun kos operasi dan kos pengurusan menelan belanja hampir setengah juta sebulan, saya tetap positif untuk berjuang bersama-sama pekerja saya di Bizmilla. InsyaAllah," katanya menerusi satu posting di Instagram.
Menurut Mila lagi, buat masa ini, dia akan menjalankan bisnes pembuatan kek dan pastri sebagai usaha meneruskan kelangsungan perniagaannya.
"Saya maklumkan pada pekerja saya, situasi sekarang. Saya tak harapkan keuntungan tetapi saya mohon pada Allah, dapatlah usaha usaha ini membantu serba sedikit, terutama kos pengurusan (gaji pekerja) yang hampir RM200,000 sebulan.
"Kerana saya faham, semua ada keluarga, saya tak nak pekerja pekerja saya hilang punca pendapatan. Kita buatlah apa sahaja yang termampu dan rezeki yang halal demi kelangsungan syarikat dan dapat mereka bersama-sama mendapat pendapatan," ujarnya.
Mila yang juga juara Akademi Fantasia musim kelima mula berkecimpung dalam dunia perniagaan sejak beberapa tahun ini.
Bahkan, Mila sebelum ini juga dilaporkan sudah bergelar jutawan hasil kejayaan menguruskan pelbagai bisnes antaranya perunding perkahwinan, katering, produk kesihatan dan pakaian jenamanya.
BACA: Mila Jirin Sudah Jutawan
Saksikan program yang menampilkan Mila Jirin di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Mila Jirin #Kek #Bisnes