“Saya Tak Pandai Baca” - Sufie Rashid Mengaku Sedang Belajar Mengaji, Ramai Puji - “Tak Apa Belum Terlambat”
Mya Amri
18/11/2020 02:55 MYT
18/11/2020 02:55 MYT
Penyanyi Sufie Rashid mengaku dirinya tidak pandai mengaji dan masih dalam tempoh pembelajaran.
Menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya, Sufie menyatakan rasa syukur apabila dapat meneruskan kelas mengaji untuk memperbaiki kekurangannya
Menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya, Sufie menyatakan rasa syukur apabila dapat meneruskan kelas mengaji untuk memperbaiki kekurangannya
“Alhamdulillah minggu kedua mengaji. #sayatakpandaibaca, #sayabutahuruf, #itsnottoolate,” tulisnya.
Entri itu juga disertakan dengan foto yang merakamkan Sufi sedang memegang buku Iqro’.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya memuji sikap yang ditunjukkan oleh Sufie dan mendoakannya terus Istiqomah.
Sufie yang merupakan juara Akademi Fantasia 2015 mendirikan rumah tangga dengan Nurulain pada 21 September 2019.
Sufie yang merupakan juara Akademi Fantasia 2015 mendirikan rumah tangga dengan Nurulain pada 21 September 2019.