Pelakon Bollywood terkenal, Priyanka Chopra akui dia bukanlah seorang wanita yang pandai memasak.

Malah, Priyanka mendedahkan dia membuat pengakuan itu secara jujur ketika dilamar oleh suaminya, Nick Jonas.

“Saya tidak pandai memasak. Saya beritahu Nick perkara itu sewaktu dia melamar saya.

“Saya beritahu, kamu dah biasa menikmati makanan yang sedap daripada masakan ibu kamu tetapi kamu berkahwin dengan wanita yang tidak pandai memasak,” ujarnya.

Priyanka berkongsi perkara itu menerusi satu temu bual dalam program ABC Chat Show, The View baru-baru ini.

Bagaimanapun, Priyanka bersyukur kerana Nick menyayangi dan menerima dirinya seadanya.

“Rasa seperti seorang isteri yang teruk. Tetapi apa yang membuatkan saya terharu apabila Nick membalas kembali dengan berkata tak mengapa saya juga tidak pandai memasak,” ujarnya.

Terdahulu, Priyanka dan Nick Jonas berkahwin pada Disember tahun lalu di Rajasthan, India.

Sumber: Bollywood.com