Penyanyi Sufie Rashid telah selamat bertunang dengan gadis pilihan hatinya, Nurulain Md Yusof pada Sabtu lalu.

Ketiadaan ibu Sufie di majlis terbabit mengundang tanda tanya ramai pihak.

Pada malam yang sama, ibu Sufie, Irma Suriana Mahamud memuat naik sebuah status di laman Facebook peribadinya dan ia telah mengundang pelbagai spekulasi.

Irma seakan memberi bayangan dia tidak merestui majlis pertunangan itu.

"Santai-santai dgn my puteri, we are here at City Hall for coffee after jalan-jalan dan makan-makan.

"So yang nak menipu nak tunjukkan dunia my girls are in Seremban, look they are here with me and no time for liars and drama mamak!

"Saya tak pernah hantar wakil untuk merisik pun, semua si minah atur sendiri," tulisnya di ruangan Facebook peribadinya.

Dakwa Irma lagi, wanita yang kini bergelar tunangan Sufie itu berbuat sedemikian demi meraih perhatian.

"Ibarat saham dah takda, akhlak takda hormat jauh skali, kita orang melayu harus ada bahasa, bukan tunjuk bangs*t. You are just chasing for fame.

"Know where you stand and where you come from okay minah. Sendiri yang buat atur cara tanpa saya setuju dan restu. Dunia dah kekurangan wanita yang berakhlak ke?

"Boleh di nobatkan dalam pencalonan pelakon handal dan licik. Saya lebih mentingkan akhlak dari wajah yg cantik tapi semua yg bertopengkan palsu.

"Seperti rambut palsu, bulu mata pun palsu. Semoga di berikan taufiq dan hidayah pada yang teraniaya dan cepat sedar sebelum sesat jauh. Pandai kirim gambar adik-adik pakai sedondon la konon. Taubat-taubat lah ya," tulisnya di status tersebut.



Sufie telah selamat bertunang bersama pengasas makanan Krispy Krunchee selepas beberapa tahun berkenalan.

BACA: Sufie Rashid Selamat Bertunang Dengan Ahli Perniagaan

Mereka telah mula mengenal hati budi pada hujung tahun 2016 sebelum membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan.