Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

"Saya Tak Pernah Rasa Bagus Berlakon" - Awal Ashaari

Asraf Aided
30/04/2019 06:08 MYT
Hos dan pelakon popular, Awal Ashaari sentiasa merasakan dirinya tidak sehebat pelakon berbakat lain setiap kali dia muncul dalam sesebuah drama atau filem.

Menurut Awal, dia lebih selesa menjadi seorang pengacara, namun minat untuk berlakon masih tidak diketepikan.

"Sudah enam tahun saya tidak berlakon, kini saya telah kembali ke set penggambaran untuk sebuah drama.

"Sejujurnya, saya tak pernah rasa diri saya bagus berlakon seperti pelakon lain yang lebih berbakat, itulah yang saya rasa setiap kali muncul dalam sesebuah drama atau filem.

"Saya lebih selesa menjadi pengacara namun pada masa yang sama, saya tak mahu mengetepikan minat untuk berlakon," katanya kepada Gempak.

Awal mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2004 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.

Pada 4 Mei 2012, Awal mendirikan rumah tangga bersama aktres jelita Scha Alyahya dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Lara Alana yang kini hampir berusia lima tahun.
#Awal Ashaari