Hiburan
"Saya Tak Pernah Takut Dengan Perampas" - Risteena
Pelakon Risteena meletakkan kepercayaan sepenuhnya dengan tunangnya, Isa Khan yang juga seorang aktor dalam hubungan percintaan.
Kata Risteena, dia percaya dirinya dan Isa mampu untuk menjaga sesama sendiri sebaik mungkin.
"Kita semua kena tahu kalau Allah cakap jodoh dia dengan org lain, kita tak boleh tolak takdir.
"Takda istilah rampas merampas. Masing-masing dah tahu jaga hubungan. Takda apa yang perlu dirisaukan," katanya kepada Gempak.
Tambah pemilik nama Nur Risteena Munim, 31, menyatakan dia tidak pernah rasa gentar dengan perampas.
"Saya tak pernah takut dengan perampas. Isa bukan tak pandai menilai orang. Saya sangat yakin Isa bukan mudah untuk dirampas," katanya sambil ketawa.
Terdahulu, nama Risteena menjadi bualan ramai selepas berkongsi keadaan Isa yang panik selepas dirinya tidak dapat dihubungi kira-kira setengah jam.
BACA: Isa Khan Susah Hati Risteena 'Hilang' Selama 30 Minit, "Tunang Saya Fikir Kena Culik Atau Ragut"
Risteena dan Isa, 27, telah selamat mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu ketika bercuti di Bali, Indonesia.
Terdahulu, hubungan mereka sudah dihidu umum, namun masing-masing mengunci mulut sebelum mengesahkan status perhubungan mereka menerusi satu sidang media pada 6 Disember tahun lalu.
Risteena sepatutnya bertunang bersama pelakon Ikhwan Khairudin, 29, pada 19 Oktober lalu, namun hubungan mereka putus di tengah jalan.
Must-Watch Video