gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Limau Mandarin, Kurma Turut Dikecualikan SST Mulai 1 Julai
HIBURAN
“Boleh Je WhatsApp” – Fattah Amin Dah Ada Tarikh Nak Bawa Fatima Ke Disneyland
VIRAL
YouTuber Ambil Nyawa Sendiri, Tak Tahan Kena Buli Siber
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Saya Tak Pernah Takut Habis Duit” – Cakra Khan Upah Maid, Belanja RM6,000 Sebulan Jaga 30 Kucing ‘Kampung’

Umirah Halim
Umirah Halim
28/06/2025
07:53 MYT
Sponsor Banner
“Saya Tak Pernah Takut Habis Duit” – Cakra Khan Upah Maid, Belanja RM6,000 Sebulan Jaga 30 Kucing ‘Kampung’
Penyanyi popular Indonesia, Cakra Khan sanggup membelanjakan kira-kira RM6,000 sebulan semata-mata bagi menjaga lebih 30 ekor kucing kampung yang diselamatkannya sejak beberapa tahun lalu.
Menurut pelantun lagu Harus Terpisah itu, jumlah tersebut meliputi pelbagai kos termasuk makanan harian, pemeriksaan kesihatan, rawatan veterinar, serta kelengkapan khas untuk kucing yang memerlukan penjagaan rapi.
“Saya yakin, ketika kucing itu ada di rumah saya, itu adalah bahagian rezeki saya untuk mereka.
“Saya tak pernah takut kehabisan wang untuk merawat mereka kerana saya percaya pasti akan ada jalan. Kalau ditanya mengenai kos rawatan, mungkin dalam RM6,000 jugalah saya tetapkan untuk keperluan kucing-kucing saya,” ujarnya ketika ditemui pada sidang media Konsert Divine Cakra Khan di Alila Bangsar, semalam.
Dedah penyanyi berusia 33 tahun itu lagi, dia turut menyediakan fasiliti khas seperti generator oksigen dan mini klinik untuk kegunaan kucing yang memerlukan rawatan rapi.
“Baru-baru ini saya selamatkan seekor kucing yang ada masalah jantung dan perlu oksigen sepanjang masa.
“Jadi saya beli oksigen generator dan buat mini klinik khas untuknya,” katanya.
Menariknya, Cakra turut mengupah seorang pembantu rumah khas bagi memastikan kucing-kucing peliharaannya dijaga dengan baik setiap kali dia keluar bekerja.
“Kalau saya keluar bekerja, memang ada maid khusus untuk jaga kucing-kucing saya.
Bagi saya itu adalah tanggungjawab. Dengan haiwan kita kena jaga betul-betul,” katanya yang turut menegaskan kesemua kucing peliharaannya telah disteril dan dibiarkan bebas tanpa dikurung di dalam sangkar,” kongsi nya lagi.
Tidak Pilih Kucing Berdasarkan Baka
Berkongsi lebih lanjut, Cakra mengakui tidak memilih baka tertentu dan menganggap semua haiwan berhak diberi kasih sayang tanpa mengira rupa mahupun keturunan.
“Kalau kita betul-betul sayangkan haiwan, kita tak perlu lihat pada baka.
Saya pelihara semua jenis kucing jalanan. Yang penting mereka sihat dan selamat bersama saya,” jelasnya.
Selain aktif menjaga haiwan, Cakra juga mengisi masa lapangnya dengan bercucuk tanam sebagai satu bentuk terapi diri selepas penat bekerja.
“Kalau saya tidak bersama haiwan-haiwan saya, saya akan menanam sayur di rumah. Ia seperti satu bentuk ‘recharge’ untuk minda saya,” katanya.
Ujarnya, dia memiliki kebun dengan pelbagai jenis tanaman seperti moringa, betik, bawang putih, cili, dan bunga kantan.
Konsert Divine Cakra Khan dijadual berlangsung pada 2 Ogos 2025 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Tiket boleh dibeli menerusi laman sesawang rasmi www.myticket.asia.
Topic Berkaitan
#Kucing
#Khan
#Cakra
#30 ekor
#upah maid
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement