Laman Utama
“Saya Tak Pernah Tengok Konsert… Konsert BLACKPINK Ini Konsert Pertama Saya” - Ayda Jebat
Baru-baru ini, penyanyi Ayda Jebat mendedahkan yang dia menerima tiket konsert BLACKPINK Born Pink World Tour (Malaysia) sebagai hadiah hari jadi awal daripada suaminya, Nabil Mahir.
Menurut Ayda, dia berasa agak terkejut apabila menerima hadiah pemberian Nabil, lebih-lebih lagi dia tidak pernah menonton sebarang konsert sepanjang hidupnya.
“Pagi tu, Nabil menghadap laptop dengan wajah yang stress. Saya pun pelik, sebab selalu dia tenang je. Kalau dia buat kerja ke, takdalah muka dia macam tu sekali… macam berperang.
“Lepas tu, dia kata, dia ada something untuk saya. Dan dia tunjuk tiket BLACKPINK. Dia kata, dia nak beli yang VIP, tapi dah habis. Jadi dia beli yang lain… sekitar RM1,500 juga satu tiket. Nabil kata tiket konsert tu sebagai hadiah hari jadi, sebab saya memang tak pernah tonton konsert.
“To be honest, saya tak pernah tengok konsert sebelum ini… konsert Blackpink ini konsert pertama saya,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Penyanyi lagu Temberang itu mengulas mengenai perkongsian Nabil di Instagram Story berkenaan dengan pembelian tiket konsert BLACKPINK sempena dengan hadiah hari jadi awal isterinya baru-baru ini.
Ayda kemudian menambah, dia boleh menganggap dirinya sebagai seorang Blink (gelaran fandom atau peminat BLACKPINK) dan Nabil juga merupakan peminat kumpulan popular yang dianggotai oleh Jennie, Lisa, Jisoo dan Rosé itu.
“Sebenarnya saya memang minat K-Pop, sebab muzik saya pun ada inspirasi dan vibe K-Pop. Saya minat BLACKPINK sejak lagu Boombayah dan Nabil pun sebenarnya meminati mereka. Biasa saya pula Lisa.
“Kalau nak tahu, Nabil pernah tonton konsert BLACKPINK sebelum ini dan dia memang suka tengok konsert,” katanya yang turut meminati Twice, Super Junior, 2NE1 dan BIGBANG.
Ditanya apakah hadiah balasan yang bakal diberikan kepada Nabil untuk hadiah jadi, Ayda menjawab ringkas: “Baby kot!” katanya sambil tertawa.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!