Hiburan

"Saya Tak Pernah Tidur Rumah Bakal Mentua" - Nafi Tinggal Serumah Dengan Nabil, Ayda Datang Untuk Solat Berjemaah

Amri Hassan
20/10/2020
09:20 MYT
Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat sekali lagi dihimpit spekulasi apabila netizen mengatakan dia tinggal sebumbung dengan tunangan, Nabil Mahir.
Menjelaskan perkara terbabit, jawab Ayda, dia berada di kediaman Nabil atas tujuan perbincangan mengenai hal perkahwinan mereka.
"Meeting untuk wedding dan kerja dekat rumah dia. Ada mak, ayah, nenek, kakak, abang, orang gaji dan ramai lagi.
"Nak keluar pun nak ke mana? Dah jawab," tulisnya menerusi ruangan komen Instagram.
Terdahulu, Ayda ditanya oleh salah seorang pengguna media sosial terbabit sama ada mereka sudah tinggal serumah menerusi sepotong video TikTok Ayda bersama Nabil yang dimuat naik pelakon itu sendiri.
Pada masa sama, situasi keberadaan Ayda di rumah Nabil untuk urusan penting keluarga dipersetujui segelintir netizen yang turut mempraktikkan cara yang sama.
Bagaimanapun, Ayda menafikan dia pernah bermalam di kediaman bakal mentuanya dan tujuan asasnya berada di lokasi tersebut untuk mendalami ilmu agama.
"Saya tak pernah tidur rumah bakal mentua. Tapi boleh meeting dan buat kerja di rumah.
"Saya suka datang sebab boleh belajar solat jemaah dan lain-lain. Belajar apa yang tak pandai.
"Saya tinggal seorang dekat Kuala Lumpur. Jadi keluarga dia, keluarga saya juga," tambahnya.
Ayda dan Nabil telah mengikat tali pertunangan secara dalam talian pada 28 April lalu dan dijangka bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
BACA: Tahniah! Ayda Jebat & Nabil Mahir Selamat Bertunang Secara Online... Gambar Edit Nampak Real Sungguh!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
the-hardest-singing-show

THSS: Raih Naib Juara The Hardest Singing Show, Ayda Jebat Tumpang Gembira Kemenangan Aepul

gempak
15/07/2024
10:30 MYT
Penyanyi Ayda Jebat memaklumkan bahawa dia tidak berasa ralat dalam dirinya walaupun mendapat tempat kedua di konsert final The Hardest Singing Show musim pertama malam tadi.
the-hardest-singing-show

THSS: Aepul Roza Dinobat Juara, Bawa Pulang RM150,000! - "Saya Terkejut, Tak Pernah Menang Apa-Apa"

gempak
14/07/2024
16:10 MYT
Tahniah!
the-hardest-singing-show

THSS: Didakwa Tak Nasihat Isteri, Nabil Mahir Terima Teguran Netizen Dengan Terbuka

gempak
08/07/2024
13:55 MYT
Suami kepada penyanyi, Ayda Jebat iaitu Nabil Mahir tampil mengulas dakwaan netizen mengenaidirinya yang tidak menjalankan peranan sebagai suami dengan baik.
Hiburan

THSS: Salah Landing Hingga Terkena Bahagian Czer Sewaktu Latihan, Ayda Jebat Kongsi Keadaan Terkini

gempak
07/07/2024
09:55 MYT
Penyanyi Ayda Jebat memaklumkan bahawa tempat pembedahan bersalin (czer) di perutnya berdenyut ketika melakukan latihan bagi minggu ke-8 The Hardest Singing Show.
the-hardest-singing-show

Ayda Jebat Pesan Kepada Peminat Jangan Sesekali Bercakap Buruk Mengenai Artis Lain Di Media Sosial

gempak
09/06/2024
02:47 MYT
Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mendedahkan sebab mengapa dia meluahkan perasaan mengenai rasa tidak suka sesetengah kelompok individu terhadapnya dirinya, terutama ketika dia kini sedang mengikuti pertandingan The Hardest Singing Show (THSS).