"Saya Tak Propa" - Zizie Izette Tunjuk Bukti Beli Baju Anak Semurah RM 10

Asraf Aided
November 15, 2019 06:36 MYT
Pelakon Datin Seri Zizie Izette tampil berkongsi mengenai kedai pakaian menjual baju kanak-kanak semurah RM10 yang dipakai oleh anak-anaknya.
Menurut Zizie, kenyataan tentang anaknya memakai pakaian semurah RM10 sebelum ini adalah benar dan bukan rekaan.
Perkara itu dikongsi menerusi entri di akaun Instagram (IG) miliknya buat tatapan umum.
"Saya hanya mahu kongsi tentang kedai murah yang saya belikan untuk anak-anak dan pernah dipakai pun dalam post saya di IG sebelum ini.
"Ha ni lah dia, kedai di Melawati Mall tingkat 2, semurah RM10!!
"Saya tak propa tau bila saya kata anak-anak memang ada pakai baju RM10," tulisnya sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan menyokong cara Zizie berbelanja.
Difahamkan, Zizie berbuat demikian selepas perkongsian mengenai pakaian semurah RM10 dipakai anak-anaknya baru-baru ini dipertikai oleh netizen.
BACA : "Kena Ukur Baju Di Badan Sendiri.." - Walaupun Harga Baju RM10, Zizie Izette Tak Kisah Beli Demi…
Terdahulu, Zizie berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 59, pada 2009.
Selain dikurniakan anak kembar Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, pasangan ini juga mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.
Manakala anak perempuannya, Aalisa Belle Izette dilahirkan pada awal Mac tahun ini.