Penyerang Portimonense SC, Muhammad Safawi Rasid sedia pamer aksi terbaik selepas diperkenalkan secara rasmi di Stadium Perbandaran Portimao, Portugal pada Rabu.
Menerusi laman sosial Twitter, @TeamMsia berkongsi detik bersejarah Safawi, 23, sewaktu memberikan sepatah dua kata kepada semua media tempatan di sana.
“Saya akan cuba yang terbaik demi kelab Portimonense SC.“Saya tidak sabar untuk beraksi dan saya berharap dapat menyumbang sesuatu kepada kelab ini,” katanya sewaktu sidang akhbar kelab Portimonense SC pada Rabu.
Walaupun bermain hanya untuk satu musim sahaja, Presiden Portimonense SC, Rodiney Sampaio berharap kehadiran Safawi dapat memantapkan lagi barisan serangan memandangkan bintang itu mempunyai kemahiran teknikal.
“Ramai masih belum tahu mengenai dia dan keadaannya sama seperti ketika kami membeli pemain Jepun, Shoya Nakajima pada 2017, tapi saya harap dia dapat capai kejayaan sama seperti Nakajima,” ujar Sampaio.
Bekas bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu bakal menyarung jersi bernombor 29 menerusi satu video pengenalan yang dikongsi akaun Twitter yang sama.
Selain Safawi, seorang lagi pemain negara Luqman Hakim Shamsuddin berhijrah ke liga utama Eropah untuk bermain bersama kelab liga Belgium KV Kortrijk daripada Selangor 2.
Mengenakan jersi nombor 9, Luqman mengikat kontrak selama lima tahun dengan Kelab Belgium yang dimiliki oleh ahli perniagaan terkemuka Malaysia, Tan Sri Vincent Tan

Lepak SeramLEPAK SERAM - EP1 - PART 1
Ubai dan Uncle D lepak bersama Blue & Jaynie. Seawal usia 11 tahun, Blue Asyraff, seorang penulis bebas dan penerbit di Astro Gempak didewasakan melalui pengalaman ngeri melihat ibu kandungnya ‘dibuat’ orang sehingga menghembuskan nafas terakhir. Peristiwa mistik seperti iu, turut dialami oleh Jaynie, seorang penerbit di eGG. Sambil mendengar kisah seram itu, Ubai dan Uncle D turut kongsikan pengalaman mereka berkaitan kisah mistik. Apa yang terjadi kepada keluarga mereka? Saksikan Lepak Seram, setiap Khamis, 11 Malam di Youtube, Instagram, Facebook & Website Astro Gempak, Sooka & Youtube, Instagram, Facebook eGG #lepakseram

LEPAK SERAM - EP1 - PART 2

LEPAK SERAM - EP1 - PART 3