Pelakon Aprena Manrose menafikan tuduhan seorang pengguna akaun Instagram yang mendakwa dia melarikan sejumlah wang tanpa menunaikan janji untuk membuat ulasan sebuah produk.

Pengguna itu menuntut semula bayaran daripada Aprena menerusi komen terbaharu di Instagram pelakon itu.

"Benda boleh bayar balik kalau tak nak review. Bukan susah pun orang kaya," tulis akaun terbabit.



Bagaimanapun, Aprena tampil menjawab komen tersebut dan menyatakan perjanjian antara pengguna itu dibuat bersama bekas pembantu peribadinya yang sebelum ini tertangkap atas tindakan menipu duit pemilik produk dalam talian.

"Hello, silap lah kalau awak cuba untuk malukan saya. Saya tak perlu delete komen awak ni sebab saya tak salah dan tak makan pun duit awak.

"Yang awak bank in tu pada bekas (PA) saya yang lama setahun lepas. Kes ni pernah saya post mengenai dia yang menipu duit review beberapa orang semasa bekerja dengan saya dan mungkin awak salah sorang dari mereka.

"Kalau duit tu betul pada saya, dah tentu saya akan buat je review product anda macam mana saya buat pada product yang lain," tegas Aprena.



Tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Aprena peniaga itu mendesak pelakon itu untuk membuat laporan polis terhadap pembantu peribadinya memandangkan punyai bukti yang kukuh berhubung transaksi itu.