Hiburan

“Saya Tak Salahkan Dia Sahaja...”- Isteri Bekas Teman Lelaki Alya Iman

gempak
Zulaikha Yusof
26/07/2020
23:57 MYT
Sponsor Banner
“Saya Tak Salahkan Dia Sahaja...”- Isteri Bekas Teman Lelaki Alya Iman
Isteri kepada bekas teman lelaki pelakon Alya Iman iaitu Penny Salman menegaskan dia tidak menyebelahi atau menangkan suaminya dalam isu hubungan sulit ini.
Kata Penny, suaminya tetap salah namun dia memilih untuk menyelesaikan secara berdua.
"Saya tak salahkan Alya saja dalam hal ini, suami saya pun salah. Lelaki mana boleh tahan godaan gadis seperti itu.
"Cuma masalah rumah tangga biar kami selesaikan berdua," katanya kepada Gempak.
Sebelum ini, segelintir netizen mendakwa Penny 'berat sebelah' kerana hanya berkongsi tentang Alya di Instagram Storiesnya.
Tambah ibu kepada dua orang anak ini, dia berterima kasih dengan keprihatianan warganet yang tidak putus memberikan kata-kata semangat.
"Saya rasa disayangi bila ramai orang yang direct message (DM) bagi kata-kata semangat. Saya tak sangka mereka prihatin sangat," katanya lagi.
Terdahulu, kisah kontroversi Alya Iman mula menjadi tumpuan netizen apabila Penny mendedahkan kisah hubungan sulit suaminya di Instagram.
BACA: "Pergi Kelab Malam Siap Buka Tudung" - Makin Panas! Ini Dakwaan Isteri Bekas Teman Lelaki Alya Iman
Bahkan, satu persatu gaya hidup mewah Alya yang baru berusia 19 tahun itu turut menjadi pertikaian warganet.
BACA: "Saya Telah Bertunang Dengan..." - Dituduh Jadi Perosak Rumah Tangga, Ini Penjelasan Alya Iman
BACA: "Saya Dah Habis RM2.3 Juta" - Individu Mengaku Bekas Teman Lelaki Alya Iman Bersuara
Seorang individu yang mengakui sebagai kakak Alya memaklumkan bahawa segala kenyataan yang dikeluarkan Alya mengenai berita pertunangannya tidak benar.
BACA: "Dia Menipu!" - Alya Iman Didakwa Tak Pernah Bertunang, Individu Mengaku Ahli Keluarga Buka Mulut...
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live