Pelakon Ezzaty Abdullah merealisasikan hasrat pelanggan yang sedang hamil untuk makan mi udang hasil air tangannya.

Menurut Ezzaty, dia tidak sampai hati untuk menolak walaupun ketika itu tempahan sudah penuh.

Dalam tempoh meniaga ini, saya dah jumpa dua orang wanita yang mengidam mi udang. Walaupun masa tu dah penuh tempahan, saya tetap buat juga.

"Saya tak sampai hati nak menolak. Saya faham macam mana perasaan ibu hamil bila dia teringin sesuatu.

"Saya tak la buat satu ja, dah alang itu buat sekali untuk ahli keluarga dia yang nak," katanya kepada Gempak.



Tambah isteri kepada aktor Azwan Kombos melahirkan rasa syukur apabila duit jualan mampu untuk menampung bayaran gaji untuk pekerja spa.

"Saya kan pelakon mana ada pendapatan tetap. Saya ada tiga orang staf dekat spa yang perlu dibayar termasuk dengan sewa kedai.

"Mula-mula tu saya dah pening sebenarnya takkan nak guna duit simpanan pulak. Rasa sayang pulak.

"Saya ada beli rumah, tahun depan dah siap. Saya nak ubahsuai rumah tu jadi kalau saya guna duit simpanan nanti tak boleh la nak teruskan hasrat saya.

"Bila dah mula jual mi udang, setiap hari ada tempahan masuk alhamdulillah Allah permudahkan urusan saya. Syukur sangat," katanya lagi.