BERITA

“Saya Tak Sanggup Meminta-Minta Bayar Seringgit Untuk Bergambar Dengan Saya, Tapi .....” - Aliff Syukri

Rozaimi Zubaidi 19/03/2019 | 03:56 MYT
Usahawan dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui bersyukur apabila dapat mengumpul hampir RM 1,000 daripada orang ramai untuk membantu insan yang memerlukan.
Menerusi entri di Instagram (IG), Aliff menjelaskan dia mengenakan bayaran sebanyak RM 1 kepada orang ramai yang ingin mengambil gambar bersamanya.
“Besar erti nilai RM1 bagi orang susah setuju tak? Saya tak sanggup meminta-minta untuk bayar seringgit bergambar dengan saya tapi saya kuatkan diri untuk Allah.
“Korang tengok dengan RM1 kalau kita bersatu walaupun seringgit bila kumpul banyak-banyak lebih pada sorang kita dapat tolong. Syukur semalam saya dapat kumpulkan lebih RM1,000 untuk kempen bergambar dengan saya 1 orang seringgit seorang.
“Bukan seringgit yang patut korang pandang. Tapi pandang la pahala kat akhirat nanti itu lagi besar, bukan sebab nak bergambar dengan saya tapi rezeki yang kita kongsikan.
“Doakan semoga pahala yang dapat untuk arwah abah saya dan saham akhirat saya dan pahala untuk pemberi duit ini aminn. Kri sayang abah. Kalau setuju boleh komen dibawah apa lagi patut saya buat untuk salurkan duit hasil RM1 untuk bergambar dengan saya dan bisnes saya,” tulisnya.
Rata-rata menyokong tindakan yang dilakukan oleh Aliff dan berharap agar lebih ramai selebriti yang dapat lakukan perkara yang sama untuk membantu golongan yang memerlukan.
#Aliff Syukri #Usahawan