Laman Utama

"Saya Tak Sedar Apa-Apa..." - Shidee Kemalangan Dalam Perjalanan Ke Surau

gempak
Fiza Kamarudin
07/02/2022
10:05 MYT
Sponsor Banner
"Saya Tak Sedar Apa-Apa..." - Shidee Kemalangan Dalam Perjalanan Ke Surau
Penyanyi Shidee, terbabit dalam kemalangan di kawasan kediamannya di PPR Pinggiran Bukit Jalil, pada Ahad.
Bagaimanapun kata Shidee, dia tidak menyedari kemalangan tersebut berlaku dan hanya tahu dirinya terbabit kecelakaan selepas berada dalam ambulans.
“Saya tak sedar apa-apa dan hanya tahu saya kemalangan apabila berada dalam ambulans,” katanya.
Menurut Shidee, kemalangan berlaku ketika dia sedang menuju ke surau untuk menunaikan solat Asar.
Peserta Gegar Vaganza 8 ini yang juga bilal di surau terbabit berkata, dia sukar mengingati samada dirinya terjatuh atau dilanggar oleh orang lain dalam kejadian terbabit.
"Saya pergi ke surau menaiki skuter elektrik. Kalau nak dikatakan saya jatuh, mestilah saya tahu perkara ini.
"Tapi ini sedar-sedar saya dalam ambulans dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUM) untuk pemeriksaan lanjut.
"Sekarang pun saya masih dalam keadaan lemah dan alami luka kecil. Doktor kata keadaan saya okey tapi apabila bangun saya pening dan rasa berpusing," katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, dia ingin melihat perkembangan dirinya lebih lanjut sebelum kembali bertemu doktor.
"Tapi rasanya saya kena pergi juga buat pemeriksaan sekali lagi kerana saya batuk keluar darah dan ini merisaukan saya.
"Semalam doktor buat imbasan sinar X sebanyak dua kali dan kata saya okey tiada luka dalaman.
"Namun apabila balik rumah, baharulah saya batuk dan keluar darah. Doktor tak tahu berkenaan perkara ini," katanya yang dibenarkan pulang ke rumah malam tadi.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live