Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Saya Tak Sertai Big Stage Sebab ..." - Patahkan Harapan Peminat, Luqman Faiz Ada Alasan Sendiri

Amri Hassan
09/08/2019 03:51 MYT
Penyanyi yang popular dengan lagu Kepuraanmu, Luqman Faiz punyai sebab sendiri untuk tidak menyertai pertandingan realiti nyanyian Big Stage musim kedua.

Jelas Luqman, dia perlu memberikan tumpuan kepada pelajaran berbanding mengambil cuti semata-mata untuk menyertai pertandingan itu.

"Ramai yang tanya mengapa saya tak sertai Big Stage.

"Saya putuskan untuk menyambung pelajaran daripada ambil cuti. Itulah sebabnya," maklum Luqman menerusi akaun Twitternya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Biarpun keputusan Luqman itu sedikit sebanyak mematahkan harapan peminatnya untuk melihat penyanyi kesayangan mereka beraksi di pentas Big Stage, ada antara mereka yang menyokong pendirian penyanyi itu.

"Bangga dengan kamu, tak mengapa. Pelajaran lebih penting," tulis @syafrwnyez.

"Pilihan yang tepat. Selama maju jaya dalam pelajaran," tamba @hanitaafrina12.

Namun ada juga komen nakal yang menganggap pilihan Luqman itu disebabkan ketidakupayaan penyanyi itu untuk membuat persembahan secara langsung di hadapan orang ramai.

"Bukankah sebab tak boleh menyanyi live dan tak boleh mencapai notasi tinggi?" soal @MEIahmad.

Big Stage telah mengumumkan senarai 12 orang peserta yang akan bertanding tahun ini pada Rabu lalu.

Peserta Malaysia terdiri daripada Fieya Julia, Kucaimars, Santesh, Sheryl Shazwanie, Neeta Manisha, Irfan Haris, Syada Amzah dan Adzrin.

Manakala, peserta luar negara diwakili oleh Chaleeda (Thailand), Aziz Harun (Brunei), Dinda Permata (Indonesia) dan Jang Han Byul (Korea Selatan).

Big Stage dibawakan kepada anda oleh Vivo selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.




Rancangan ini akan mula ditayangkan mulai 18 Ogos 2019, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
#Penyanyi #Penyanyi #Big Stage #Luqman Faiz