"Saya Tak Sokong Apa-Apa" - Selena Gomez Nak Padam Akaun Instagram?
Gempak
03/11/2023 15:55 MYT
03/11/2023 15:55 MYT
Penyanyi dan pelakon Hollywood terkenal, Selena Gomez menyatakan niat untuk memadam akaun Instagram miliknya.
Difahamkan Selena membuat keputusan tersebut setelah teruk dikecam kerana pendapat yang diluahkan berkaitan konflik di Gaza.
“Saya hendak berehat dan memadam akaun Instagram. Saya dah muak. Saya tak sokong apa-apa pun yang berlaku,” tulis Selena.
Sebelum ini, Selena mengungkapkan rasa sedih terhadap konflik yang berlaku antara Palestin dan Israel, namun tindakannya itu diselar kerana meninggalkan tanda suka di entri pro-Israel yang dibuat oleh pelawak, Amy Schumer.
“Saya berehat dari media sosial kerana saya sedih melihat ketakutan, kebencian dan keganasan yang berlaku.
“Manusia diseksa dan dibunuh atau saling membenci antara satu sama lain adalah sangat teruk. Kita kena lindungi semua orang, terutamanya kanak-kanak dan hentikan keganasan,” tulis Selena.
Sekadar info, Selena Gomez terdahulu pernah menarik diri dari media sosial kerana menganggap platform itu sesuatu yang memberi kesan buruk terhadap hidupnya.
Sumber: Hollywood Life