Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Saya Tak Tahan Nak Menangis Masa Tu Sebab…”- Bella Astillah Cerita Semula Pertemuan Dengan Shuhada

Syafiqah Jalal 12/03/2023 | 08:41 MYT
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah akui tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata sewaktu berjumpa dengan bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Shuhada Mat Shukri pada minggu lalu.
Kata Bella, pertemuan itu sudah lama dirancang namun mereka akhirnya dapat bersua selepas kedua-duanya ada masa terluang iaitu sewaktu selepas beberapa hari kejadian Shuhada didakwa ditumbuk Hafidz.
“Sebenarnya pertemuan tu dah lama..tak ingat lah…macam dalam minggu lalu begitu waktunya saya berjumpa dengan Shuhada.
“Memang dah lama rancang nak jumpa tapi selalunya tiada masa terluang sehinggalah ketika itu dia beritahu ada di Kuala Lumpur dan barulah kami dapat berjumpa. Waktu itu kira beberapa hari selepas kejadian berkenaan (ditumbuk) dan lukanya pun masih belum sembuh.
“Kami memang ada berhubung sebelum ini dan dia adalah beritahu masalahnya tapi saya tak mahu ceritakannya di sini.
“Dia ada minta pendapat dan nasihat tapi saya selalu beritahu pada dia apa-apa pun perlu ikut kata hatinya kerana saya hanya boleh beri semangat sahaja,” katanya.
Isteri kepada Aliff Aziz itu ditemui ketika acara Aigner Spring/Summer 2023 Collection di Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.
Terdahulu Bella menerusi Instagram (IG) miliknya ada berkongsi rakaman video pertemuannya dengan Shuhada sehingga dia akhirnya mengalirkan air mata.
Kata Bella, dia tidak dapat menahan sebak apabila berdepan dengan Shuhada yang dilihat sarat dengan dugaan dan beban.
“Ketika itu Mama (ibunya) yang ambilkan video, jadi saya pula tak tahan terus menangis apabila berdepan dan melihat wajah Shuhada.
“Saya sangat sedih melihatnya kerana saya terus terbayangkan jika adik saya diperlaku sebegitu tak tahu nak gambarkan,” ceritanya lagi.
Pun begitu, Bella terus memberi kata-kata semangat kepada Shuhada untuk terus bangkit dan jangan pernah putus asa bagi meneruskan kehidupan bersama dua orang anaknya.
“Saya kata kepadanya ‘keep going’ apa pun keputusan dia…ramai yang yang dibelakangnya menyokongnya.
“Harap dia dapat bangkit semula kerana saya tahu orang yang paling kecewa adalah ibu bapa mereka kerana melihat anak mereka diperlaku sebegitu.
“Saya Cuma kata jangan putus asa dan rendah diri serta tidak memendam apa yang terbuku di hatinya.
“Bagaimana pun saya gembira melihat dirinya yang kini sudah hendak mulakan perniagaan, harap dia maju jaya,” ujarnya.
Terdahulu, Bella telah beberapa kali berhadapan dengan kes kecurangan suaminya Aliff Aziz dan terbaharu rumah tangga mereka didakwa telah diganggu oleh pelakon Sofia Albarakbah apabila dikatakan terkait dengan cinta lokasi.
#Bella Astillah #Pertemuan #cerita #Shuhada
;