Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Saya Tak Terfikir Buat Gimik" - Amira Othman

Zulaikha Yusof 03/08/2020 | 03:13 MYT
Penyanyi dan pelakon Amira Othman, 27, menolak untuk melakukan gimik bagi melonjakkan namanya dalam industri seni.
Kata Amira, dia mempunyai caranya tersendiri kerana ini adalah tempat dia mencari sesuap nasi.
"Bukan tidak bersetuju dengan gimik, tetapi setiap penyanyi ada cara yang tersendiri.
"Cuma, jika terlalu ramai artis buat gimik, peminat pun sudah dapat meneka apa yang cuba ditampilkan.
"Buat masa ini, saya tak terfikir buat gimik. Ini soal periuk nasi dan kerjaya, kena buat yang terbaik. Jadi, kualiti vokal harus dititik beratkan," katanya kepada Gempak.
Sementara itu, pelantun lagu Jaga-Jaga ini akui berada dalam keadaan dilema sama ada ingin menyanyikan lagu berentak balada atau 'catchy'.
"Saya sukakan lagu berentak balada, tetapi peminat lebih menerima lagu berentak 'catchy'.
"Saya tahu penerimaan peminat bergantung kepada nasib, namun saya dalam dilema adakah perlu mengikut kehendak pendengar atau mengikut naluri hati.
"Setakat ini, kita ada menerima beberapa demo, tetapi Rocketfuel ingin mendengar dan memilih terlebih dahulu.
"InsyaAllah, saya akan menghasilkan single terbaharu selewat-lewatnya, Ogos ini," katanya lagi.
Sebelum ini, Amira akui berasa risau selepas lebih setahun tidak muncul dengan lagu baharu.
BACA: "Cerewet Pilih Lagu Bukan Sebab Demand" - Amira Othman
#Amira Othman #Lagu #Gimik
;