Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Saya Takkan Melakonkan Watak Mak Nyah Kerana..." - Wan Hanafi Su

Asraf Aided
03/04/2019 09:30 MYT
Pelakon senior berbakat, Wan Hanafi Su menjelaskan dia tidak mahu memilih watak yang ditawarkan kepadanya kecuali watak lelaki lembut menyerupai perempuan atau mak nyah.

Menurut Wan, dia tidak mahu melakonkan watak demikian kerana tidak diizinkan oleh isterinya.

"Saya tidaklah cerewet dan memilih watak yang akan diberikan kepada saya dalam sesebuah filem atau drama.

"Namun begitu, ada satu watak yang saya tak akan lakonkan iaitu watak mak nyah kerana isteri saya tidak mengizinkan saya melakonkan watak sebegitu.

"Saya ada bertanya mengenai sebab dia melarang saya berbuat demikian tapi dia tidak pernah memberitahu kepada saya," katanya kepada Gempak.

Wan ditemui di tayangan media filem lakonan terbarunya yang berjudul Bu bertempat di e-curve, Damansara sebentar tadi.

Filem ini akan menemui penonton di pawagam bermula 11 April ini.

Wan mulai aktif di industri hiburan tanah air pada tahun 1978 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan mantap dalam filem serta drama tempatan.
#Wan Hanafi Su
;