Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Viral

"Saya Takkan Minta Maaf!" - Zarina Anjoulie

Amri Hassan 02/04/2020 | 10:34 MYT
Pelakon Zarina Anjoulie Lavocah tetap dengan pendiriannya tidak akan membuat permohonan maaf terhadap mana-mana pihak.
Jelasnya, tindakan undang-undang sepatutnya datang daripada pihaknya namun situasi jadi sebaliknya.
"Saya takkan minta maaf. Kenapa pula saya yang kena minta maaf. Yang kutuk dan hina saya, saya patut saman mereka, selepas itu suruh saya minta maaf. Masuk akal tak?
"Seperti yang saya beritahu, apa saya cakap tak salah. Cuma satu pesan saya, kalau betul nak tolong artis veteran dan pekerja belakang tabir yang memerlukan, Alhamdulillah.
"Sebab apabila orang cakap nak buat benda baik, kita kena fikir positif," katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, tular paparan skrin perbualan dalam kumpukan Telegram membabitkan artis yang didakwa mengecam Zarina susulan video yang dimuat naik di Instagram.
Antara lain, isi kandungan mesej itu turut memperlekeh dan menghina netizen dengan panggilan lembu, IQ (tahap penikiran) rendah dan banyak lagi.
Sementara itu, mengulas mengenai laporan polis dibuat Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) terhadapnya, Zarina berkata, pihaknya tidak membuat sesuatu yang salah.
Zarina turut menyifatkan tindakan segelintir artis yang mengutuknya berdasarkan isi kandungan dalam kumpulan Telegram seperti yang tersebar itu adalah salah.
"Seniman kata saya racun rakyat. Tapi, apabila mereka minta semua buat laporan terhadap saya, bukankah itu menghasut?
"Lagipun, ramai orang sudah memang bercakap perkara ini sebelum saya cakap lagi. Apa yang mereka nak merepek dan tak boleh terima? Dalam keadaan sekarang, mereka patut diam saja.
"Mereka kutuk dan hina saya dan rancang nak saman. Saya sudah tahu dari awal sebab ada yang beritahu. Apabila saya tularkan, mana saman yang kata nak saman saya. Tapi senyap, sebab saya boleh saman malu.
"Kalau ikutkan, saya yang patut buat laporan polis dan saman. Sebab mereka sudah fitnah dan malukan saya," katanya.
Sumber; Harian Metro
#Mohon Maaf #Seniman #Zarina Anjoulie
;