,
Laman Utama

“Saya Tanya Management Banyak Kali, Betul Ke Gambar Saya Keluar Di Amerika?” - Jurugambar Ini Speechless Gambar Dolla Bidikannya Tersergam Di Times Square

Izwan Isa
23/09/2021
12:55 MYT
“Sampai sekarang saya rasa macam tak percaya yang gambar itu dipaparkan di Times Square,” tutur jurugambar Taufiq Nadzri kepada Gempak apabila ditanya mengenai potret kumpulan Dolla bidikannya yang kini dipaparkan di Time Square, New York, Amerika Syarikat.
Menurut Taufiq, tidak pernah terlintas di fikiran yang hasil kerjanya akan menjadi tontonan khalayak negara luar, khususnya di negara Uncle Sam itu. “Saya memang kerap merakam foto Dolla, memandangkan saya banyak bekerja dengan syarikat rakaman Universal Music. Tak pernah terlintas di fikiran yang gambar saya boleh sampai ke luar negara.
“Apabila pihak Spotify mahu guna gambar tersebut untuk dipamerkan di Times Square, sudah tentu saya teruja dan gembira. Sampai saya tanya pihak pengurusan banyak kali, betul ke gambar saya keluar di Amerika Syarikat?” ujarnya.
BACA: Selepas Yuna & Layla Sania... Giliran Dolla Pula Di Billboard New York Times Square
Menurut Taufiq, sudah lama dia memang menyimpan hasrat untuk menjejakkan kaki ke Times Square. Tetapi, rasa bangga dalam diri melebihi hasrat di hati apabila gambar bidikannya mendarat di sana terlebih dahulu.
“Biasa tengok Time Square menerusi video di Youtube atau televisyen sahaja. Tetapi bila hasil kerja terpampang di sana, saya rasa amat bersyukur dan berbangga dengan diri sendiri,” ujar Taufiq sambil memberitahu yang selain Amerika Syarikat, hasil kerjanya pernah digunapakai di negara-negara Asean seperti Singapura dan Thailand.
Melanjutkan bicara, lelaki yang meminati muzik sejak kecil itu berkata, bekerja dengan Dolla merupakan satu pengalaman menyenangkan.
“Kerja dengan Dolla memang best. Pertama kali berjumpa ketika mereka baru bergelar artis Universal Music dan saya merakam profil mereka untuk kegunaan media sosial. Sejak hari itu, saya banyak bekerja dengan mereka.
“Keempat-empat anggota Dolla sangat sporting dan happy go lucky. Selain banyak menyumbang idea ketika sesi penggambaran, mereka juga sangat teliti terhadap kualiti gambar. Memang seronok bekerja dengan mereka,” kongsi Taufiq.
Ditanya siapakah individu popular yang ingin dipotret jika diberi peluang, Taufiq menyenaraikan artis antarabangsa popular seperti Coldplay, Olivia Rodrigo, Dua Lipa, Twenty One Pilots, Radiohead dan Justin Bieber.
Trivia:
- Berusia 27 tahun dan berasal dari Selangor, minat Taufiq terhadap kamera tercetus sejak di bangku sekolah.
- Pernah ‘menyeludup’ keluar kamera ayahnya secara curi-curi untuk mengambil gambar acara yang diadakan di sekolah.
- Tidak pernah mempunyai pendidikan formal dalam bidang fotografi, hanya meraih ilmu daripada rakan-rakan dan Youtube.
- Banyak terlibat dengan projek belakang tabir pembikinan klip video. Gambar-gambar bidikannya kerap digunakan sebagai material pemasaran untuk sampul album Spotify, Apple Music dan Youtube.
- Pernah terlibat dengan acara muzik besar seperti Rockaway Festival dan Soundrenaline di Indonesia
- Selain Dolla, Taufiq turut pernah merakam gambar artis popular lain seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tulus, Fazura, Simple Plan, Bunkface, Nissa Sabyan, Taufik Batisah, Butterfingers, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Datuk AC Mizal, MK, Tuju dan Loca.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Konsert Jiwa Malaysia 2024: 15,000 Penonton Hadir, Berkumpul Sejak Pukul 2 Petang!

gempak
09/09/2024
15:25 MYT
Dalam semangat menyambut kemerdekaan, Perbadanan Stadium Malaysia dengan kerjasama MND Sport & Event telah menganjurkan Konsert Jiwa Malaysia untuk menyemarakkan semangat cintakan negara melalui hiburan.
Hiburan

Sabronzo Respons Spekulasi Hubungan Dengan Ahli Politik - “Apa Yang Boleh Saya Katakan...”

gempak
08/09/2024
04:55 MYT
Anggota kumpulan popular Dolla, Sabronzo tampil menjelaskan spekulasi mendakwa punyai hubungan dengan ahli politik.
Hiburan

“Alhamdulillah” - Teka-Teki Terjawab, Syasya Rizal Akhirnya Dedah Bakal Jadi Ibu

gempak
03/09/2024
13:12 MYT
Teka-teki netizen akhirnya terjawab selepas penyanyi yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya mengesahkan dirinya kini hamil.
Hiburan

Syasya Rizal ‘Like’ Komen Pengikut Teka Sedang Berbadan Dua?

gempak
01/09/2024
01:04 MYT
Bukanlah kali pertama netizen berteka-teki tentang status kehamilan bekas ahli kumpulan DOLLA Syasya Rizal.
Hiburan

Amir Ahnaf Memang Minat Dolla! Mohon Maaf Pada Angel, Tak Sangka Kehadiran Di Konsert Cetus Spekulasi - “Dah Anggap Macam Adik"

gempak
08/08/2024
01:25 MYT
Pelakon filem Kahar Kapla High Council, Amir Ahnaf menafikan dakwaan bercinta dengan anggota kumpulan Dolla iaitu Angel.