Laman Utama

“Saya Tarik Balik, Silalah Rakam Proses Vaksinasi Anda” – Dr. Say buat ‘U-Turn’ Lepas Isu Vaksinator Tak Tekan Picagari

gempak
Fiza Kamarudin
30/07/2021
01:45 MYT
Sponsor Banner
“Saya Tarik Balik, Silalah Rakam Proses Vaksinasi Anda” – Dr. Say buat ‘U-Turn’ Lepas Isu Vaksinator Tak Tekan Picagari
Dr. Say Shazril yang sebelum ini tidak menggalakkan orang ramai merakam video ketika proses vaksinasi kerana bimbang melambatkan proses kerja di pusat pemberian vaksin, menarik balik kenyataan tersebut.
Seperti membuat u-turn, Dr. Say menerusi hantaran di Instagram (IG)nya semalam meminta orang awam melakukan perkara sebaliknya, selepas menonton video vaksinator yang tidak menekan picagari ketika memberikan vaksin kepada seorang wanita.
“Topik: Saya Tarik Balik, Silalah Rakam.
“Beberapa hari lepas saya ada buat status saying kalau boleh tak perlu rakam video proses vaksinasi takut melambatkan kelancaran flow pusat pemberian vaksin.
“Akan tetapi, despite KJ dah benarkan rakam, kerana masih ada kes kelalaian pemberian vaksin. Yang lebih mengejutkan, kes tu berlaku masa saya bertugas di PWTC semalam.
Lepas saya tengok video tu terus saya mesej empunya video tu sebab dari hari pertama saya cukup tertanya-tanya apa motif mereka yang bagi vaksin angin/ tak tekan syringe ni,” katanya.
Selain itu Dr. Say turut meluahkan rasa kesal terhadap isu tersebut kerana baginya agak mustahil seorang vaksinator terlupa untuk menekan picagari dan penat bukanlah satu isu.
Menurut beliau lagi selepas Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) mengeluarkan garis panduan, sepatutnya kelalaian sedemikian tidak lagi berlaku.
“Tak dinafikan semua ni leceh dan memakan masa tapi sebab nila bertitik-titik macam ni lah yang merosakkan susu sebelanga.
“Kalau penyuntik ikut SOP seperti yang dah ditetapkan, MUSTAHIL UNTUK TERLUPA TEKAN. Orang dah sakit bila kita cucuk, takkan ko tak perasan ko tak tekan syringe tu?
“Apa ke jadah? Benda macam ni memburukkan nama Pusat Pemberian Vaksin dan even worse memburukkan nama petugas kesihatan.
“Nasihat terakhir saya, tolonglah telus dalam pekerjaan anda. Kita nak cuba achieve imuniti kelompok secepat mungkin. Maka peeps silalah rakam proses vaksinasi korang,” katanya.
Terdahulu seorang penerima vaksin dikenali sebagai Diyanah Maria yang hadir untuk menerima vaksin di salah sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di Kuala Lumpur, terkejut selepas mendapati vaksinator tidak menekan picagari berisi dos vaksin yang disuntik kepadanya pada pagi Rabu.
Dia menyedari kejadian itu apabila melihat video rakaman yang dilakukannya semasa proses suntikan vaksin yang jelas menunjukkan picagari tersebut hanya dicucuk seketika sebelum ditarik keluar semula dengan keadaan vaksin masih berada dalam alat perubatan itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live