“Saya Tarik Diri Jadi Hos AME2020 Kerana...”- Alif Satar
Pelakon dan pengacara Alif Satar akui belum cukup yakin dengan diri dan staminanya untuk beraksi sebagai pengacara Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020).
Justeru Alif membuat keputusan menarik diri sebagai hos AME2020 yang sepatutnya bergandingan dengan Nabil Ahmad dan Jihan pada 20 Disember ini.
“Selepas berfikir sedalam-dalamnya, saya memaklumkan pada Astro mengenai hasrat untuk tarik diri kerana secara peribadi saya merasakan masih belum cukup stamina untuk bersama-sama pasukan itu dalam AME2020,”katanya.
Tambah Alif lagi, keputusan itu juga dibuat kerana dia tidak mahu memberi masalah terhadap kru produksi AME2020 terutama dua rakannya itu yang telah pun menjalani latihan, bacaan skrip serta perbincangan bersama tanpa kehadirannya.
“Saya juga harus berlaku adil kepada mereka berdua (Nabil dan Jihan) serta pasukan produksi yang sudah lama bertungkus-lumus menjalani latihan untuk AME, sedangkan ketika itu saya tidak dapat menyertai mereka,” katanya lagi.
AME2020 bakal berlansung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 20 Disember ini dan disiarkan secara eksklusif di Astro Ria dan Ria HD