Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

“Saya Team Johnny Depp..." - Muat Naik Video Amber Heard Menangis, Perkongsian Caprice Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Asyraf Roslan
07/10/2024 13:25 MYT
Hantaran yang dimuat naik oleh Caprice menjadi tumpuan netizen selepas dia memuat naik video pelakon, Amber Heard menangis yang pernah tular pada tahun 2022.

Lebih menarik, dengan kapsyen yang ringkas, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menyatakan dia berpihak kepada pelakon dan juga bekas lelaki Amber iaitu Johnny Depp.

“Sorry Guys, aku team Johnny Depp,” tulis Caprice ringkas diruangan kapsyen.

Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi bukan sahaja daripada netizen malah teman-teman selebriti turut meninggalkan komen.

“Arhhhhhhhhhhhh ?” - Zoey Rahman

“She's SUCH a bad actress, I just can't ??‍♀️;” - Kata Datin Tiara Jacquelina

“Deep ?,” komen ringkas Catriona Ross.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Jaga Aib, Fattah Amin Ada Simpan Rahsia Fazura - “Saya Pun Dah Bersetuju Untuk Tidak Failkan Nusyuz”

ARTIKEL BERKAITAN: Dedah Aib Fattah, Peguam Beritahu Fazura Boleh Disabitkan Hukuman Penjara Kerana Hina Perintah Mahkahmah

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura Dedah Fatima Tak Pernah Dapat Duit Raya Daripada Fattah Amin - “Sejujurnya Saya Memang Sedih…”


Pada masa sama, menerusi hantara ini ada netizen yang menyatakan bahawa mereka faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh Caprice.

“Hahahaha. . faham.. ok @capricedaddycap Saya pun joint team johny² yess papa,”

“Baru tadi lalu fyp perempuan nangis kt mahkamah juga tapi kat luar,”
“Tak semua paham . Tapi saya paham Cap !? @capricedaddycap,”

“Ni mesti ada kaitan sama kes F F ni ?,” kata netizen.


Untuk Info, Johnny Depp telah memenangi kes saman fitnah terhadap Amber Heard atas penulisannya untuk kolum Washington Post.

Depp telah menuntut ganti rugi sebanyak AS$50 juta (RM218 juta), tetapi dia bagaimanapun hanya menerima AS$15 juta (RM65 juta).

Meskipun telah bercerai pada 2017, drama antara mereka tidak pernah berakhir apabila Heard menuduh bintang filem Pirate of the Caribbean itu seorang ‘kaki pukul’, sementara Depp pula mendakwa bekas isterinya itu berlaku curang.

#cerai #Amber Heard #Johnny Depp #Caprice
;