Penyanyi dan juara program Big Stage, Sarah Suhairi mempunyai perancangan untuk melanjutkan pengajiannya.
Menurut Sarah, dia telah berbincang mengenai perkara terbabit bersama ibu bapanya, namun dia masih menunggu masa yang sesuai untuk kembali belajar.
“Sebenarnya saya sudah merancang untuk sambung belajar, tapi buat masa ini saya masih sibuk dengan kerjaya nyanyian saya.
“Insya-Allah, bila masa mengizinkan nanti, saya akan melanjutkan pelajaran, buat masa ini saya mahu tumpukan perhatian terhadap karier saya.
“Saya juga telah berbincang mengenai perkara ini dengan ibu bapa saya, apapun nanti saya akan buat keputusan berdasarkan perbincangan dengan mereka,” katanya kepada Gempak.
Sarah berkata demikian ketika ditemui di acara karpet merah Anugerah Meletop Era 2019 (AME2019) bertempat di Axiata Arena, Kuala Lumpur Ahad lalu.
Tahun lalu, Sarah telah memenangi tempat pertama di pentas akhir Big Stage yang berentap bersama Syafiq Farhain, Afieq Shazwan, Wani Kayrie dan Baby Shima sebagai finalis.