"Saya Telah Jatuh Cinta Dan Kehilangannya Jua" - Sedihnya Ucapan Ras Adiba Radzi Sempena Hari Jadi Ke-50

Amri Hassan
Julai 27, 2018 02:00 MYT
Personaliti televisyen popular Ras Adiba Radzi hari ini meraikan ulang tahun kelahirannya ke-50.
Namun, apa yang menyentuh hati adalah ucapannya sepanjang kehidupan separuh abad.
"Syukur Alhamdulillah hari ini saya 50 tahun.
"Banyak pengalaman yang saya timba sepanjang ini, banyak tempat yang telah saya kunjungi dan pelbagai jenis manusia yang saya temui.
"Saya telah jatuh cinta dan kehilangannya jua, saya menangis dan turut bergembira.
"Justeru hari ini, saya ingin meminta maaf sekiranya saya melukakan hati atau terkasar bahasa.
"Terima kasih kerana menyayangi dan menyokong saya sehingga kini. Nyata saya tidak sempurna namun saya adalah saya," tulis Ras menerusi akaun Instagramnya.
Ras turut memuat naik sekeping fotonya tanpa hijab berbaju kebaya jingga yang dirakamkan pada tahun 2007.
Dalam masa sama, Ras turut melayangkan ucapan buat suaminya, Ilias Yaakop sempena ulang tahun perkahwinan ketiga mereka hari ini.
"Happy Anniversary my dearest. May we continue to be the best of buddies, sparring partner and forever the love of our lives," tulis Ras bersama hashtag #PleaseDoNotEverGetMarriedOnYourBirthday.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @rasadibaradzi
#Hari Jadi #Penyampai Berita #Ras Adiba Radzi