"Saya Telah Kena Blocked. Ya Begitu Tajuknya, Yang Tidak Lari" - Ogy Ahmad Daud Sekat Khir Rahman Di Instagram

Badrul Hashim
Mei 3, 2020 01:15 MYT
Kemelut yang melanda pemain-pemain teater Korupsi Dewan Semandung, termasuk pengarahnya Khir Rahman semakin parah.
Isu kegagalan pihak produksi Ogy Ventures & Network melunaskan baki bayaran kepada pemain teater termasuk pengarahnya terbongkar apabila salah seorang pelakonnya membuat laporan polis.
Kemudian isu tersebut diangkat oleh pengarahnya, Khir Rahman sendiri yang berasakan perkara tersebut harus diselesaikan oleh Fauziah Datuk Ahmad Daud atau panggilan mesranya Kak Ogy.
Baca: "Bercerita Buruk Manusia Bukan Amalan Saya Tapi..." - Khir Rahman Desak Kak Ogy Lunas Baki Bayaran Teater Korupsi Dewan Semandung!
Perkara tersebut dibalas kembali oleh Ogy yang mengakui sedang mencari dana untuk melunaskan tunggakan pembayaran tersebut.
Baca: "Saya Tak Lari, Bila Ada Duit Nanti Saya Bayar" - Ogy Ahmad Daud Akui Sedang Usaha Cari Dana
Dalam kenyataan tersebut juga, Ogy mengakui bahawa dia masih tidak menukar nombor telefonnya dan masih berada dalam kumpulan WhatsApp teater tersebut.
"Untuk makluman semua, saya tidak akan melarikan diri (daripada tanggungjawab), saya tidak menukar nombor telefon dan belum lagi keluar kumpulan WhastApp.
Namun salah seorang pelakon teater tersebut, pelawak yang berasal dari Indonesia memberitahu bahawa dia sudah disekat dari Instagram milik Ogy.
Baca: “Kalau Tak Lari Kenapa Block Kami di Instagram Kak Ogy...?”– Vicha Terkilan
Malah, perkara yang sama juga dikongsi oleh Khir Rahman di Twitter miliknya.
"Setelah tidak menjawab panggilan saya, tidak menjawab di WhatsApp, baik personal mahupun berkumpulan, Ini adalah post terakhir kak Ogy yang boleh saya lihat dan komen di Instagramnya.
"Kini saya telah kena blocked. Malah komen-konmen juga deleted. Ya begitulah tajuknya, yang dia tidak lari," tulis Khir Rahman.

Setelah tidak menjawab panggilan sy, tidak menjawab di WhatsApp..baik personal mahupun kumpulan ..ini adalah post terakhir Kak Ogy yg boleh sy lihat dan komen di Instagramnya ..kini ..sy telah kena blocked.. malah komen² jugs deleted. Ya begitulah tajuknya, yg dia tidak lari. pic.twitter.com/X2SBN5PUyp

— KEI RAMOSS (@KhirRahman) May 2, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Khir Rahman juga turut meminta maaf kepada pengguna Twitter kerana menurutnya sacara peribadi dia tidak gemar denagn apa yang terjadi, tetapi dia bersuara kerana ini bukan pertama kali soal pembayaran teater tidak dilunaskan.

Ampun ..sy sebenarnya hampir terlelap ..ada pulak kaum yg share gambar ni ..maka segar terus iris mata sy ..sy share je la ya pic.twitter.com/erYfTtZrQ3

— KEI RAMOSS (@KhirRahman) May 2, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Seorang lagi pelakon teater Korupsi Dewan Semandung, Man Raja Lawak yang mengambil alih tempat Allahyarham Abam Bochey turut berkongsi bahawa dia juga disekat oleh Ogy di Instagram.
"Nape ek Kak Ogy Ahmad Daud block semua pelakon-pelakon, kru-kru, musician yang terlibat dalam teater Korupsi Dewan Semandung kalau dia di pihak yg benar.
"Siapa yang jadi mangsa ni? kami ke dia? Kelakar pun ada gak pasal 2 bulan berdolak dalih. kita orang sabar dan beri peluang, akhir nya ini yang kami dapat?
"Baki 10k baik saya bagi kat mereka yg betul-betul tengah susah dari bagi kat akak yang MENYUSAHKAN semua orang," tulis Man Raja Lawak.
Tinjauan Gempak di Instagram milik Ogy juga mendapat dia sudah membuang entri tentang pergelutan mengenai teater Korupsi Dewan Semandung itu daripada Instagramnya.
teater arahan Khir Rahman itu dibintangi oleh antaranya Joey Daud, Vicha, Mark Adam, Tauke Jambu, Chiwan, Man Raja Lawak, Tapai dan Sharif Zero.
#Ogy Ahmad Daud #Man Raja Lawak #Khir Rahman