,
Hiburan

"Saya Telah Mengecewakan Dia Buat Kali Ke-3" - Erra Fazira Mohon Maaf Kepada Umie Aida, Mahu Hentikan Perbalahan

Kamaruddin Razal
14/06/2019
05:41 MYT
Primadona filem Melayu, Erra Fazira tampil memohon maaf kepada Datin Seri Umie Aida.
Mengakui kesalahan yang dilakukan terhadap Umie, Erra memuat naik kenyataan maaf terbabit menerusi ruangan Instagram Stories serta sebuah entri terbaru di laman sosial terbabit.
"Kepada semua, saya mohon maaf diatas segala apa yang terjadi. Saya manusia biasa yang ada buat salah dan pernah menyakiti hati teman saya, Datin Seri Umie Aida.
"Umie pernah memaafkan saya sebelum ini dan saya telah mengecewakan dia buat kali ketiga. Umie memendamkan perasaan ini dan dia juga pernah text saya dengan baik," kata Erra.
Tambah pelakon filem Cinta Kolestrol ini, dia berharap dengan pengakuan yang dilakukan, semuanya menghentikan perbalahan.
"Tiada bukti, dia tak akan bersuara. Saya harap dengan pengakuan ini, hentikan perbalahan semua ya.
"Saya belajar kesilapan saya dan saya baiki kekurangan saya. Ternyata saya banyak kekurangan dan saya harus terus baiki diri.
"Saya mohon maaf sekali lagi pada semua juga Umie," tulis Erra.
Sebelum ini, Umie menimbulkan tanda tanya apabila dia meluahkan perasaan apabila dikhianati oleh sahabat sendiri.
BACA: Dedah Dikhianati Sahabat Sendiri, Netizen Tuduh Umie Aida Ada Masalah Dengan Erra Fazira?
Tidak menyebut siapakah gerangan sahabat terbabit, ramai yang mendakwa Erra merupakan individu yang dimaksudkan oleh Umie apabila mereka sudah tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing.
BACA: Umie Aida ‘Naik Hantu’, Zahida Rafik Bagi Klu?
BACA: “Dah Nampakkan Yang Mana Sahabat, Yang Mana Musibat?” – Erma Fatima Tegur Umie Aida
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Isu Perpisahan Dalam Kalangan Artis, Ini Pendapat Erra Fazira - “Jangan Sampai Mengaibkan Orang Lain”

gempak
16/10/2024
06:55 MYT
Dipuji kerana tidak pernah mendedahkan masalah rumah tangga kepada umum, pelakon dan penyanyi, Erra Fazira enggan kisahnya itu dibandingkan dengan orang lain.
Hiburan

Isu Rumah Tangga Fattah & Fazura, Umie Aida Titip Nasihat - “Kita Semua Tak Perlu Masuk Campur”

gempak
16/09/2024
03:55 MYT
Isu rumah tangga antara pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura baru-baru ini menggemparkan industri hiburan dan telah mendapat perhatian ramai termasuk rakan-rakan artis.
Hiburan

“Janganlah Sesuka Hati Pegang Anak Orang, Minta Izin Dulu” – Erra Fazira

gempak
14/09/2024
06:55 MYT
Pelakon dan pengacara jelita, Erra Fazira meluahkan rasa kurang senang apabila timbul isu berkaitan kanak-kanak menjadi mangsa amang seksual fizikal seperti yang tular baru-baru ini.
kilauan-emas

Kilauan Emas 2024: Dipanggil Semula Jadi Juri, Erra Luah Rasa Teruja - “Kilauan Emas Ni Dekat Dengan Saya”

gempak
10/09/2024
13:55 MYT
Pelakon jelita, Erra Fazira menyatakan dirinya sangat teruja apabila masih lagi dipilih untuk menjadi salah seorang daripada tiga juri dalam program realiti, Kilauan Emas 2024.
Hiburan

Bimbang Dengan Kes Jenayah, Erra Fazira Pantau Aktiviti Anak Perempuan - "Saya Tidak Mengongkong Anak"

gempak
29/08/2024
11:55 MYT
Susulan kes jenayah yang semakin membimbangkan, aktres jelita, Erra Fazira menzahirkan rasa risau terhadap keselamatan anak perempuannya, Engku Aleesya.
BorakSeeni