Penyanyi Mamat Exist mengakui sekarang ini dia lebih terbuka untuk berkawan dengan ramai wanita.
Menurut Mamat, dia tidak serik untuk berkahwin lagi namun mengakui lebih berhati-hati dalam mencari calon isteri.
"Saya memang terbuka untuk berkawan dengan ramai wanita tetapi hubungan sekadar kawan dan tidak lebih daripada itu.
"Saya tidak serik untuk berkahwin lagi namun sekarang ini lebih berhati-hati dalam memilih calon isteri yang sesuai dengan saya.
"Buat masa sekarang saya mengakui mempunyai ramai kawan wanita namun tidak mempunyai seseorang yang istimewa.
"Biarlah saya hidup solo dulu sekarang kerana saya mahu memberi fokus pada kerjaya dan karier nyanyian," katanya kepada Astro Gempak.
Mamat berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Exists Reunion, di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sebelum ini, Mamat pernah berkahwin dengan Marshila Mustapa Kamal pada 2001 tetapi bercerai pada 2009.
Hasil perkahwinan dengan Marshila, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Aleeya Mysara, 17; Mohd Eiki Daniell, 15, dan Dylea Mysara, 13.
Konsert Exists Reunion ini buat pertama kalinya dalam sejarah menggabungkan semua formasi asal Exists iaitu Musa (bass), Along (gitar), Ajai (keyboard), Shah (gitar), Ujang (dram) dan dua vokalist iaitu Mamat dan Ezad.
Konsert Exists Reunion bakal diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 28 September 2019 dan Mes Theatre at Media Corp, Singapura pada 5 Oktober ini.
Orang ramai yang ingin mendapatkan tiket Konsert Exists Reunion ini boleh melayari laman web www.mytiket.asia.
Tiket akan dijual pada harga RM 700, RM360, RM260, RM160 dan RM130.
Rozaimi Zubaidi
Fri Jul 26 2019

![[VIDEO] “Kenapa Comel Sangat”- Bersilat Selepas Tonton Mat Kilau, Netizen Puji Ebit Lew ‘Sporting’! [VIDEO] “Kenapa Comel Sangat”- Bersilat Selepas Tonton Mat Kilau, Netizen Puji Ebit Lew ‘Sporting’!](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/asbp/ebitlewmatkilau.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Kenapa Comel Sangat”- Bersilat Selepas Tonton Mat Kilau, Netizen Puji Ebit Lew ‘Sporting’!
“Kenapa Comel Sangat”- Bersilat Selepas Tonton Mat Kilau, Netizen Puji Ebit Lew ‘Sporting’!
![[VIDEO]Macam Breakup Dengan Boyfriend” – Maid Bekerja 5 Tahun Pulang Ke Acheh, Eina & Suami Menangis Terasa Kehilangan… [VIDEO]Macam Breakup Dengan Boyfriend” – Maid Bekerja 5 Tahun Pulang Ke Acheh, Eina & Suami Menangis Terasa Kehilangan…](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/asbp/einaazmanmaid_1.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO]"Macam Breakup Dengan Boyfriend” – Maid Bekerja 5 Tahun Pulang Ke Acheh, Eina & Suami Menangis Terasa Kehilangan…
Eina & Suami Menangis Terasa Kehilangan…
.jpg?ext=.jpg)
Wow ! Hanya Dengan RM 99.99 Dapat Layan Semua Siaran Astro?
Pakej menarik

Kisah Ilmu Hitam & Jerangkung Bakal Diangkat Ke Layar Perak Menerusi Jerangkung Dalam Almari
Seramnya!

Takut Anak Diberi Ubat Tidur, Siti Badriah Pasang CCTV Seluruh Rumah
Langkah keselamatan.

Hamba Seks Mengaku Mahu Mati, R Kelly Dipenjara Bukan 10 Tapi 30 Tahun!
Terima keadilan.

#HisteriaTheSeries: Episod 4 Semakin Mendebarkan, Plot Twist Bakal Bongkar Misteri Filem Histeria 2008
Tak sabar episod minggu depan.

“Kalau Orang Lain Rasa Pelik, Tapi Mak Setuju Saya Tak Kisah” – “ Aina Abdul Minta Izin Ibu Untuk Setiap Busana Konsert
Ibu kena tengok dulu baju Aina sesuai atau tidak.

“Rakyat Kelantan Tak Bising Tiada Panggung Wayang” - Timbalan MB Kelantan
Punca gejala sosial.

Tya Arifin Mahu Balik Ke Indonesia, Kembangkan Bisnes - "Inilah Pengorbanan Perlu Saya Lakukan"
Pelakon dan selebriti Tya Arifin merancang untuk pulang ke negara kelahirannya, Indonesia bagi mengembangkan lagi perniagaan diusahakan di sana.