Laman Utama
“Saya Terima Banyak Komen Positif”- Nadiya Nisaa Lega Dekatnya Cinta Diterima
Pelakon Nadiya Nisaa lega apabila menerima banyak komen positif daripada peminat dan penonton Filem Dekatnya Cinta.
Nadiya mengucapkan terima kasih kepada yang sudah menonton filem dari kesinambungan drama hit Adam & Hawa yang popular 9 tahun lalu.
“MasyaAllah saya terima banyak komen positif daripada peminat yang sudah menonton Dekatnya Cinta. Terima kasih,” katanya.
Nadiya yang membawa watak Ain Hawani itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Mengulas mengenai filem tersebut, Nadiya memberitahu Ain pun perlu dipersalahkan juga sebagai isteri.
“Saya rasa Ain pun ada salah dalam hal ni. Ada betulnya apa yang mama cakap, kenapa harus perjudikan keluarga yang dah sedia bahagia ni. 8 tahun Am & Ain tunggu saat bahagia bersama.
“Kalau anda diberi peluang terakhir seperti Ain, apa kata-kata terakhir buat Am? What would be fair for them?,” tanyanya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya terutama peminat Adam & Hawa yang memberikan pelbagai respon.
“Dalam konflik rumahtangga sebenarnya dua-dua ada salah. Jangan pendam kalau ada rasa tak puas hati,” komen salah seorang peminatnya.
“Air mata tak henti mengalir tengok cerita ni,” komen salah seorang warga maya.
“Rasa tak puas tengok 2 hari...hihihi macam nak beli lagi...best movie ni...tahniah semua,” puji salah seorang warga net.
Aktor hebat Datuk Aaron Aziz dan Nadiya Nisa sekali lagi tampil digandingkan menerajui watak utama Dekatnya Cinta yang ditayangkan Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 bermula 13 Mei ini.
Dekatnya Cinta mengisahkan tentang pasangan suami isteri Adam Mukriz dan Ain Hawani hidup bahagia sehinggalah hadir orang ketiga, Zulaika (Farah Nabilah). Adam Mukriz mula beralih arah kerana Ain Hawani tidak dapat memberi tumpuan pada keluarga disebabkan sibuk dengan kerjaya dan menyambung pengajian.
Keadaan bertambah rumit apabila Adam Mukriz ternampak Ain Hawani menerima sejambak bunga bersama Profesor Yusoff (Datuk Fazley Yaccob). Diselubungi rasa marah dan cemburu, Adam Mukriz telah melafazkan cerai. Bermulalah perjalanan hidup baru buat mereka berdua dalam berdepan dengan pelbagai dugaan.
Saksikan filem Dekatnya Cinta yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 13 Mei 2021.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.