BERITA

"Saya Teringin Untuk Menulis, Ada Banyak Cerita Yang Saya…" - Nelydia Senrose

Asraf Aided 12/04/2019 | 10:40 MYT
Aktres jelita, Nelydia Senrose berhasrat untuk bergelar seorang penulis buku kerana berminat untuk melakukannya.
Menurut Nelydia, dia mempunyai banyak kisah yang boleh ditulis jika bergelar penulis di masa akan datang.
"Selain berlakon, saya juga sangat berminat untuk menulis, ada banyak kisah yang saya boleh tulis.
"Namun begitu, saya masih belum bersedia untuk menulis skrip bagi sesebuah filem atau drama, cukuplah sekadar menulis buku sahaja.
"Buat masa ini, saya akan tumpukan perhatian dalam bidang lakonan dahulu, jika berpeluang di masa akan datang, insya-Allah saya akan lakukannya," katanya kepada Gempak.
Nelydia berkata demikian ketika ditemui di pertunjukan fesyen Starvilion Balik Raya 2019 bertempat di Royal Palace Shah Alam semalam.
Nelydia merupakan salah seorang artis yang berkolaborasi dengan jenama itu untuk koleksi raya tahun ini.
Selain Nelydia, Starvilion turut berkolaborasi bersama Hisyam Hamid, Rizman Ruzaini, Uqasha Senrose, Khai Bahar, Zahirah Macwilson dan ramai lagi.
#Nelydia Senrose